Netizen Selar Status Laman Sosial PU Rahmat

Netizen selar twit yang dimuat naik Pencetus Ummah PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan di laman mikro Twitter.

Twit tersebut yang mendapat 4688 perkongsian 2672 suka itu membuatkan ramai pengikutnya tidak berpuas hati dengan pendekatan dakwah yang dilakukan PU Rahmat.

Malah, ada yang menasihatkan agar PU Rahmat membuat persediaan setiap kali menegur masyarakat tidak kurang juga ramai yang PU Rahmat supaya menggunakan pendekatan yang lebih sesuai memandangkan dia merupakan ikon Pencetus Ummah.

“Cara penyampaian salah,” tulis pengikutnya, Annie. Segelintirnya menyelar PU rahmat tidak layak menggunakan status pencetus ummah kerana gelaran itu tidak sesuai dengan pendekatannya.

Terdahulu, status PU Rahmat yang berbunyi “Yang perempuan bergetar melihat Prince Mateen. Yang lelaki keras lihat Farah Ann.

“Elok sangatlah. Malaikat maut senyum je pandang kita”.

Kemudian, selepas dibidas, PU Rahmat menjawab pendekatannya itu tiada salahnya memandangkan apa yang dikongsikan adalah kebenaran sekali gus mengingatkan rakan dan pengikutnya agar mengelakkan zina mata.

“Maksud kepada twit ini adalah sebagai seorang muslim hendaklah menjaga pandangan mata kerana mata juga berzina. Dan kawan lelaki saya sebut kemaluan dia terangsang apabila menonton gimnastik,”katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top