Neelofa, Pu Riz, dan 20 ahli keluarga kena kompaun RM60,000

neelofa dan pu riz.

Setelah tunggu punya tunggu, akhirnya hari ini telah mengesahkan, usahawan, Pelakon, Pengacara Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali sebagai Neelofa telah dikompaun RM20,000 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Kesalahan Tidak mematuhi penjarakan fizikal dan melanggar tujuan rentas negeri. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April. Neelofa juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan.

Tiada diskaun dibenarkan untuk menyelesaikan kompaun itu, kata polis.

Suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail pula dikompaun RM10,000, juga tanpa diskaun, atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Mohamad Zainal berkata kesemua kompaun dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.

“Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.

Neelofa pun sudah mengaku kesilapan beliau di facebook beiau.

Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian.
Terima kasih.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top