Neelofa Akan Selesaikan Isu SOP Secara Peribadi. Tak Perlu Nak Beritahu Semua Orang.

neelofa

Kecoh beberapa hari pasal neelofa yang baru kahwin , pasal sop majlis dia. Selepas itu mengenai dia pergi honeymoon dengan pu riz dekat langkawi dengan dedahkan di media sosial. Semua dok maki hamun jer.

Sidang media bersama Neelofa pada majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama Fipper Malaysia. Neelofa ditanyakan mengenai kehidupan sebagai seorang isteri dan sudah tentu isu mengenai tuduhan pelanggaran SOP yang dihadapinya dan suami. Neelofa ditanyakan soalan ketika sidang media majlis menandatangani memorandum dan pelancaran produk Fipper x The Noor.

PUTRAJAYA: Selebriti dan usahawan kontroversi, Neelofa, 32, memohon diberi ruang menyelesaikan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan serta insiden merentas negeri secara profesional dan tertutup dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi jenama sandal Fipper dan aplikasi The Noor di sini, Neelofa enggan mengulas panjang isu berkenaan kerana boleh memudaratkan keadaan.

“Saya menghormati semua yang hadir tentunya ingin bertanya perkara sama. Tetapi saya meminta kepada rakan media supaya beri saya ruang untuk menyelesaikan perkara ini secara profesional.

“Saya tidak mahu mengulas panjang kerana boleh memudaratkan keadaan. Beri saya ruang untuk selesaikan secara baik dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top