Syarat – syarat kelayakan memohon.
1.Warganegara Malaysia.
2.Rakyat Negeri Johor.
3.Pemastautin yang melebihi lima (5) tahun.
4.Kursus bagi perkahwinan kali pertama sahaja.
5.Kursus yang diadakan di Negeri Johor sahaja.
6.Hadir dengan jayanya Kursus Perkahwinan dengan bayaran RM120.00.
7.Kursus yang diadakan selepas 9 Mei 2018.
Muat turun borang disini
Dokumen yang diperlukan.
1.Salinan Kad Pengenalan;
2.Salinan buku bank / penyata bank pemohon; dan
3.Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Yang Asal dan salinan. Jika Sijil hilang, pemohon perlu mendapatkan surat pengesahan kehadiran dan bukti kehadiran kursus daripada penganjur.
4.Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung atau Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (jika pemastautin), dan dokumen sokongan (bil-bil utiliti) jika berkaitan
INFO PENTING!
Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada penganjur kursus perkahwinan selepas tamat kursus atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil kursusdikeluarkan.
Tuntutan yang dihantar selepas 3 bulan dari tarikh kursus tidak akan diproses. Terima kasih.