Moratorium menyeluruh akan jejaskan ekonomi, rakyat – BNM

bank negara malaysia

Sejauh mana kebenarannya sebenarnya, akan menjejaskan ekonomi. Namun ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Gabenor Bank Negara itu. Pelaksanaan moratorium menyeluruh secara automatik tidak akan memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Sukar untuk membuat pinjaman yang baru untuk akan datang nanti. 

Bercakap pada sidang media pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2020 secara maya hari ini, beliau berkata, langkah itu akan mengurangkan penampan bank sekali gus menyukarkan individu serta perniagaan untuk memperoleh pinjaman baru.

“Kedua, kekukuhan dan keuntungan bank penting untuk jutaan rakyat Malaysia, yang bukan saja sebagai pendeposit malah sebenarnya pemegang saham secara langsung (dari segi) simpanan dan pegangan mereka dalam institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Amanah Saham Bumiputera, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji.

“Ketiga, pendekatan bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium menyeluruh memandangkan ia memberi pilihan kepada peminjam, (membolehkan mereka) membuat keputusan kewangan masing-masing,” katanya.

Nor Shamsiah berkata 1.4 juta rakyat Malaysian memohon bantuan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan dengan kadar kelulusan 95 peratus. Beliau berkata kira-kira 45 peratus peminjam memilih bagi pengurangan ansuran bulanan.

“Peminjam membuat pilihan bijak dalam menguruskan hutang mereka berlandaskan kemampuan mereka. Jadi, mereka tidak meminta moratorium, mereka tidak mahu satu penyelesaian untuk semua keadaan atau peminjam,” katanya.

Selain itu, sebab dengan moratarium ini akan sebabkan tunggakan peminjam akan bertambah dengan bunga jangan ceritalah. Memanglah cakap takda kena cas, tetapi pasti ada caj-caj yang tersembunyi. Mana ada bank baik hati nak bagi kelonggaran , dengan bunga pun takda. Diaorang pun nak untung.

READ
Ustaz zamihan ditangkap akta hasutan 1948

Sebab itu aku rasa mintak kwsp pertimbangkan dan mansuhkan syarat-syarat pengurangan gaji tuh. Sebab nak bayar beberapa bulan yang tertunggak dari segi pembayaran kotmitmen bulanan. Ramai yang terkesan dek pandemik covid 19 sejak tahun lepas. Tak boleh nak survive, nak cari kerja baru, nak buat business yang lain. Modal dah takda, tunggakan bayar kereta bulan-bulan, sewa perniagaan, kedai, rumah dan sebagainya. Harap pihak kerajaan dapat pertimbangkanlah untuk memansuhkan syarat-syarat yang mengarut tuh.

Baca juga : kwsp akan mansuhkan syarat-syarat pengeluaran akaun 1- menteri kewangan. 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: