Minum Xing Fu Tang disahkan Halal, oleh MUI (Halal Indonesia)

burble tea haram,

Pastinya fenomena bubble tea makin hangat dilihat daripada percambahan kedai-kedai yang menjual bubble tea tumbuh bak cendawan. Berikutan itu, terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan sama ada minuman tersebut halal atau tidak.

Pada edisi lepas kita ada mempertikaikan status halal minuman ini sebab dekat kedai tuh takda logo halal. Namun berderet orang islam yang beratur beli ini minuman. Sebab tengok ada amoi perempuan pakai tudung terus  chop halal.

Ini berita baik buat anda di luar sana untuk minum bubble tea jenama Xing Fu Tang tanpa rasa was-was lagi. Xing Fu Tang kini diperakui halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan dalam proses terakhir untuk mendapatkan sijil halal yang diperakui oleh JAKIM.

We are proud to announce to all our customers that Xing Fu Tang has been certified halal by Majelis Ulama Indonesia…

Posted by Xing Fu Tang Malaysia 馬來西亞幸福堂 on Sunday, 21 July 2019

Untuk pengetahuan anda, pensijilan halal daripada MUI adalah antara badan Halal yang diterima oleh JAKIM. Ini menunjukkan bahawa Xing Fu Tang mengambil perkara ini serius untuk memastikan pelanggannya dapat menikmati minuman bubble tea jenamanya. Malah, pastinya dengan memiliki sijil halal ini dapat membuktikan bahan-bahan yang digunakan mematuhi syariah.

Buat anda yang sebelum ini was-was, kini kebimbangan anda mungkin hilang. Akan tetapi, jangan minum secara berlebihan pula untuk menjaga kesihatan anda.

 

Berita baik buat peminat minuman bubble tea Xing Fu Tang, anda boleh minum tanpa rasa was-was lagi. Facebook Xing Fu Tang Malaysia memaklumkan minuman mereka disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia.

Dalam satu kenyataan pihak Xing Fu Tang memberitahu mereka kini dalam proses terakhir untuk mendapatkan sijil halal yang diperakui oleh pihak JAKIM.

Pihaknya turut menjelaskan, Mejelis Ulama Indonesia (MUI) adalah satu badan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Jadi tiada lagi rasa was-was untuk minum minuman kegemaran anda selepas ini. Tapi pastikan anda rasa was-was untuk minum secara berlebihan bimbang menyebabkan diabetes pula nanti.

Namun dari kenyataan di facebook halal Jakim memberi penjelasan premis ini belum mendapat lagi sijil pengelasan Halal Jakim secara sah. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top