Mamat Sepah dan Isteri ditahan, biar betul?

ditahan polis

Shah Alam: Pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, di aplikasi Telegram.

Pada masa sama, telefon bimbit mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, 7 malam semalam.

“Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

Difahamkan yang ditahan itu adalah Mamat bekas kumpulan Sepah yang ditangkap bersama isterinya juga  seorang anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top