Mahadzhir Lokman meninggal Dunia, alfatihah.

mahazhir lokman meninggal dunia,

PERSONALITI popular, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, pagi tadi. Negara kita kehilangan tokoh personaliti yang sangat sukar ditandingi. Kebolehan beliau dalam menutur kata pelbagai bahasa seperti portugis, frace, bahasa English, Arab dan yang lain-lain.

Perkara itu disahkan seorang ahli keluarga pengacara terkemuka itu ketika dihubungi NSTP, sebentar tadi.

Difahamkan, adik beliau, Ida Lokman sedang menguruskan penerbangan ke Kota Kinabalu bagi urusan membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur. 

“SAYA sangat sedih dan terkejut dengan berita ini. Saya sekarang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu bagi menguruskan jenazah arwah bersama ahli keluarga terdekat,” kata adik bongsu Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman iaitu Ida Neliaty Lokman.

Ida, 57, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini berkata, berita itu dimaklumkan oleh doktor di sana pagi tadi.

“Buat masa sekarang saya belum ada sebarang maklumat terperinci mengenai pemergian arwah. Maafkan saya kerana tidak boleh bercakap banyak ketika ini.

“Kalau saya sudah di sana, nanti saya akan maklumkan,” katanya.

Menurut Ida, arwah berada di Kota Kinabalu sejak beberapa hari lalu atas urusan kerja.

“Arwah ada urusan kerja di sana. Saya dapat panggilan daripada doktor dan mengesahkan abang sudah meninggal dunia.

“Berkemungkinan dia meninggal selepas Subuh. Saya juga tidak pasti sama ada meninggal di rumah atau hotel,” katanya.

Terdahulu, Mahadzir Lokman bekas personaliti TV3, meninggal dunia di Kota Kinabalu, Sabah, awal pagi tadi pada usia 61 tahun.

Tahun lalu, Mahadzir koma dan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Seminggu selepas itu, Mahadzir dipindahkan ke wad biasa dan dilaporkan stabil.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top