Login Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 akan bermula pembayaran pada 5 April 2024 secara berperingkat. Bayaran dibuat dengan pemindahan terus ke dalam bank akaun yang didaftarkan di dalam sistem STR (MySTR).
Bagi yang tidak mempunyai akaun, proses menunaikan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank simpanan nasional (BSN) berhampiran anda. Hadir ke sana dan bawa bersama kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Macam mana nak login STR?
Sangat mudah, sila rujuk cara dibawah ini. Sambil boleh tengok berapa yang kita layak bantuan STR ini.
Semakan status melalui MySTR.
Untuk makluman, maklumat online login (log masuk) adalah berdasarkan maklumat daripada MyBKM sebelum ini. Berikut adalah cara semakan status melalui MySTR secara online:
- Terus ke laman rasmi MySTR pada pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan nombor kad pengenalan , tanpa dash, dan tekan butang SEMAK.
- Teruskan dengan memasukkan kata laluan (password) dan klik log masuk.
- Terdapat 3 menu tertera iaitu Semakan, Kemaskini, dan Maklumlan.
- Klik bahagian semakan untuk melihat status bayaran.
Status pemohon serta maklumat pembayaran akan dipaparkan selepas anda klik butang semakan. kalau lulus, luluslah, kalau sebaliknya. Kena semak semula, boleh buat rayuan. Untuk lebih lanjut terus pergi LHDN yang berdekatan atau call dibawah ada no telepon hotline dia.
Kaedah bayaran.
Pembayaran terus masuk ke akaun penerima yang layak, ikut dalam isi borang. Namun, jika akaun yang anda daftarkan tidak aktif/ tutup lihat status pengkreditan pada MYSTR. Sekiranya juga ianya menunjukkan gagal kredit, maka barulah anda boleh hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan untuk membuat tuntutan bayaran.
Bagi penerima yang uzur/ sakit/ kurang upaya, waris boleh menjadi wakil untuk membuat penunaian. Mereka yang boleh menjadi waris adalah;
- Pasangan
- Ibu bapa
- Anak
- Adik beradik
- Cucu
Terlupa kata laluan
Ini adalah masalah yang acapkali berlaku dalam laman rasmi nih. Mesti ada yang terlupa. Sekiranya anda terlupa kata laluan serta tidak berjaya menjawab semua soalan keselamatan yang diberikan, ID MYSTR anda akan dikenakan sekatan dan anda cuma boleh mencuba kembali login selepas tempoh 24 jam cubaan sebelum ini. Anda boleh juga hubungi Hotline BKK LHDNM pada nombor 1800 88 2747
Info peringatan dari LHDNM.
Tiada perkhidmatan semakan kelayakan STR secara bergerak yang disediakan oleh pihak LHDNM dari rumah ke rumah. Selain itu, LHDNM tidak mengenakan sebarang caj/ bayaran bagi perkhidmatan semakan fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah. Kepada semua rakyat Malaysia adalah diminta supaya berhati-hati dengan penipuan dan scam yang makin aktif di intener ini. Sebarang info yang sahih hanya boleh diperolehi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Bilakah pembayaran STR fasa 2?
Pada 5 April 2024 (jangka awal bulan 4).
Berapakah jumlah akan diterima golongan isi rumah?
RM500.
Berapakah akan diterima oleh kategori bujang?
RM100.