Live streaming vokal mania minggu1 2020

vokal mania

Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo, Tomok. Empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang bakal mempertaruhkan bakat, kebolehan serta pengalaman mereka bila dicabar 24 penyanyi amatur (dikenali Rookie) di pentas Vokal Mania, program realiti terbaharu TV3.

Persembahan mereka akan dinilai panel juri yang terdiri daripada Misha Omar dan Yusry Abdul Halim. Yang menjadi rebutan – hadiah terkumpul bernilai RM80,000!

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz, Vokal Mania akan disiarkan secara langsung bermula 24 Oktober (Sabtu), jam 9 malam di TV3. Atau saksikan strim langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.

Anda boleh mengundi Rookie Pilihan anda ke peringkat Separuh Akhir Vokal Mania melalui https://www.xtra.com.my/vokalmania

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Vokal Mania menjadi program hiburan pertama yang ditayangkan secara langsung sejak penularan Covid-19 sekali gus menjadi antara program hiburan terbaik di TV3.

“Kami di TV3 kembali dengan program hiburan siaran langsung seperti dahulu yang dimulakan oleh program Vokal Mania. Pelbagai kekangan terpaksa kita hadapi ketika ini susulan penularan wabak Covid-19 namun, TV3 tetap akan menggalas tanggungjawab terbaik dalam menyediakan program hiburan terkini untuk tontonan semua. Hadirnya Vokal Mania yang mempunyai format baharu, kami harapkan penonton semua dapat berkumpul seisi keluarga di rumah bagi merapatkan hubungan silaturahim sambil berhibur bersama TV3,” katanya.

Sementara itu, Lan Solo berkata, program Vokal Mania dilihat sebagai satu format yang baharu dan segar, termasuk memberi satu cabaran kepada penyanyi profesional.

“Program ini memberi satu cabaran besar buat penyanyi profesional seperti saya untuk tidak sentiasa tenang duduk di zon selesa. Tak semestinya sudah berada lama dalam industri seni, kita sudah cukup bagus beraksi di atas pentas.

“Saya melihat program ini adalah satu medan untuk sama-sama mengasah bakat dan memperbaiki diri dengan lebih baik. Kita juga tidak boleh memandang rendah dengan kebolehan penyanyi amatur atau bakat baru,” katanya.

Indah Ruhaila berkata, walaupun membawa gelaran idol, dia menganggap ia satu peluang untuk kembali ke kaca televisyen selepas lama tidak berbuat demikian.

“Menerusi program ini saya ditawarkan menjadi idol. Walaupun ia satu tanggungjawab yang berat dan mencabar tapi saya anggap ini satu peluang untuk muncul di kaca TV.

Format program

FORMAT PROGRAM

4 orang penyanyi amatur terpilih (diberi gelaran Rookie) akan digandingkan bersama 4 orang penyanyi profesional tetap (diberi gelaran Idol) dalam setiap episod untuk berlawan membuat persembahan nyanyian lagu solo dan duet. Juri tetap akan menentukan pemenang setiap perlawanan.

Seorang Rookie terbaik dalam setiap episod juga akan diberi gelaran Rookie Star Award dan pemenang akan ditentukan melalui 70% undian awam dan 30% markah daripada juri tetap. Pemenang akan memenangi hadiah menarik daripada pihak penaja.

Selain itu, penonton juga boleh mengundi kesemua 24 Rookie setiap minggu untuk membantu Rookie pilihan mereka mara ke peringkat separuh akhir pada minggu ke-7. Hanya 8 Rookie yang mempunyai campuran markah juri dan undian tertinggi layak ke peringkat ini. Mereka akan membuat persembahan untuk mendapat tempat ke peringkat akhir. Hanya Rookie sahaja yang akan bertanding di peringkat separuh akhir.

Pada episod akhir Vokal Mania, 1 Idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan 1 Rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, 1 rakaman lagu dan 1 muzik video.”

LAN SOLO

“Sebenarnya dah lama duduk rumah dan tak keluar TV. Tak kisahlah di waktu sekarang ini, kalau dipanggil untuk buat persembahan saja pun saya okey.†Tiada ruang untuk kita memilih. Apa saja ada depan mata, kita kena ambil peluang itu,” katanya.

Penganjuran Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (dikenali Rookie) akan bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman.

Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur semestinya akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Pada masa sama, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui†www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.

TOMOK

Semua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.

ROOKIE EPISOD 1

Live streaming Vokal Mania Minggu1 .

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top