Live streaming ukm vs pahang 2019

piala fa, piala fa 2017, piala fa 2018,

Third match dalam piala fa hari ini distadium KLFA 17 april 2019.

PAHANG tidak memandang rendah kemampuan UKM FC apabila dua pasukan itu bertemu pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Pemain tengah skuad Tok Gajah, Nor Azam Azih berkata, dia dan rakan sepasukannya tidak akan memberi ruang kepada lawan melakukan asakan ke kubu mereka.

“Saya difahamkan, UKM FC bukannya lawan yang mudah untuk ditewaskan dalam saingan Liga Perdana biarpun mereka berada di tangga ketujuh liga ketika ini.

“Atas faktor itu, kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka kerana mereka pasti bersiap sedia dengan rapi bagi menempah tiket ke suku akhir Piala FA musim ini.

“Biarpun kami berada pada prestasi terbaik, ia bukan jaminan tapi kami perlu menyudahkan setiap peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Nor Azam tidak beraksi pada pusingan kedua Piala FA ketika Pahang membenam pasukan amatur Persada Integriti Bersatu (PIB) FC 4-0 susulan kecederaan.

“Sebagai juara bertahan, sudah pasti kami mahu mengekalkan Piala FA dan menafikan impian UKM,” katanya.

READ
Live streaming indonesia u19 vs Qatar u19 afc u19 21.10.2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: