Live streaming ucapan penuh Belanjawan (Bajet) 2019

 

Hari ini dalam sejarah malaysia baru, kerajaan baru pakatan harapan yang akan membentangkan bajet 2019 , belanjawan 2019 pada jam 4 petang ini oleh YAB Tun Dr. Mahadthir Mohamad selaku perdana menteri malaysia yang ke 7.

Baca juga :

LIVE STREAMING BAJET 2019.

Yang pastinya kita mengharapkan kerajaan pakatan harapan lebih telus, dan jurang ekonomi b40 ini dapat diatasi dengan lancar. Kita mahu negara kita berdaya mahu dan terus bersaing dengan negara yang lain. Kalau nak dibandingkan dengan Negeri Jiran , Singapore memang lah jauh kita ketinggalan. Yang penting ialah kepedulian rakyat itu harus diutamakan.

Kita juga mahu bajet 2019 kali ini menekankan pasal rumah mampu milik, bukan rumah mampu lihat sahaja, atau mampu mimpi sahaja. Kementerian perumahan hari tuh ada sebut tentang lebih kurang rm20 billion rumah tidak terjual. Kan pelik disitu, sebab harga rumah terlalu mahal dan jerung-jerung yang kaut untung atas angin jer. Perkara ini harus diambil kira.

LIVE STREAMING BAJET 2019:

selamat menonton :

 

 

Kaji kenaikan Pejawat Awam. 

Itu pun kena ambil kira, sebab Ceupacs pun ada buat permohonan kepada badan kerajaan mempertimbangkan gaji mereka ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ini kerana majoriti penjawat awam di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor dan Selangor menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan membebankan mereka.

“Kerajaan wajar memberi keutamaan terhadap kebajikan penjawat awam yang banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan negara,” katanya kepada pemberita selepas kunjung hormat ke atas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan tidak terikat dengan KGT yang dijanjikan pentadbiran terdahulu walaupun melihat KGT secara positif sama ada penjawat awam berhak diberi elaun tambahan atau bantuan dalam bentuk lain.

READ  Jadikan 5 seruan pembakar semangat PRU14-Pahlawanan Bugis, YEAH!!!

Mahathir juga mengumumkan peruntukan Bajet 2019 lebih kecil berbanding sebelum ini termasuk memotong bantuan sara hidup berperingkat-peringkat kerana ekonomi negara tidak memberangsangkan.

Azih berkata Bajet 2019 nanti tidak harus mengenepikan hak penjawat awam.

Beliau berharap kerajaan mengkaji harga rumah khususnya untuk penjawat awam sebagai insentif serta membantu mengekang kenaikan harga rumah yang terlalu tinggi agar mereka mampu memiliki rumah sendiri sebelum bersara. – Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: