Live streaming show case with haqim rusli.

a nite with haqiem rusli.

 

Persembahan ini lebih kepada kepuasan saya sebagai anak seni. Sebelum ini, saya pergi show ada artis lain. Kali ini, saya nak cuba tampil solo.

AKHIRNYA impian untuk mengadakan persembahan solo tercapai biarpun kapasiti penonton sekitar 400 orang.

Persembahan A Night With Haqiem Rusli akan diadakan di Pusat Pelancong Malaysia (MATIC,) Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam, 22 Mac ini.

Kata Haqiem, persembahan yang julung kali menampilkan hanya dirinya adalah bertujuan untuk melihat ‘kekuatan’ kedudukannya sebagai penyanyi.

“Sebelum ini, saya pernah buat showcase di tiga tempat tapi jumlah penontonnya kecil saja. Jumaat ni (22 Mac) lokasinya lebih besar.

“Menariknya, kali ini saya akan diiringi live band. Peminat yang datang bukan sekadar melihat saya menyanyi tapi dapat melihat perjalanan hidup saya dari kecil sampai sekarang,” katanya yang akan diiringi pemuzik yang diketuai Rody Kristal.

Jelas penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini, persembahan tersebut lebih menjurus kepada kepuasannya sebagai anak seni.

Sebelum ini kata Haqiem, dia sering mengadakan persembahan bersama rakan artis lain dan kali ini mahu tampil solo.

“Persembahan ini lebih kepada kepuasan saya sebagai anak seni. Sebelum ini, saya pergi show ada artis lain. Kali ini, saya nak cuba tampil solo. Bukan tamak tapi nak tengok ada tak orang datang tengok persembahan tu semata-mata untuk saya.

“Saya akan nyanyi 15 buah lagu pelbagai genre. Pada persembahan itu nanti saya turut undang adik saya dan beberapa kawan-kawan,” jelasnya yang tiket untuk persembahan itu mendapat sambutan menggalakkan.

Sementara itu, pada 21 Mac ini juga, Haqiem akan tampil dengan single baharu berbahasa Inggeris, What Can I Do For You yang akan dilancarkan dalam saluran YouTube FMC

Jelasnya lagu berentak EDM (electronic dance music) itu dihasilkan sebagai menyahut cabaran orang sekeliling.

“Saya hasilkan lagu Inggeris sebab ada orang cabar dan saya jenis yang suka buat lain daripada kebiasaan dan berfikiran positif. Kalau tak menjadi saya akan buat lagi sampai berjaya. Lagu itu berkisar tentang persahabatan.

“Bulan Mei, saya akan keluarkan lagu balada, Lembah Kesepian. Lagu ini ada unsur-unsur nasihat. Saya terfikir nak buat lagu tentang luahan hati seorang ayah. Kita selalu lihat kisah ayah yang ditinggalkan di rumah orang tua dan sebagainya.

“Lagu ini saya buat dalam tempoh dua minggu,” ceritanya tentang dua buah single baharu.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top