Live streaming Selangor vs JDT piala malaysia

piala malaysia, logo piala malaysia, logo rasmi piala malaysia 2016,

Menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang juga pemilik JDT berkongsi pendapatnya mengenai perlawanan pada malam ini.

Menurut perkongsian daripada laman sosial, Johor Southern Tigers, Tunku Ismail menjangkakan pasukan Selangor akan lebih bermotivasi untuk mencatatkan kemenangan sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir, musim ini.

Berbanding skuad Harimau Selatan, mereka telah menjulang kejuaraan yang lebih gah iaitu Liga Super Malaysia serta Piala Sumbangsih disamping meraih empat lagi trofi saingan peringkat bawah umur.

Live streaming SELANGOR VS JDT PIALA MALAYSIA 26.10.2019 

“Setiap orang mempunyai pendapat peribadi masing-masing, tetapi bagi saya, saya berpendapat bahawa pertandingan Liga dan Piala FA adalah yang paling berprestij kerana ia menyediakan peluang untuk ke Asia. Saya juga telah mengatakan perkara yang sama sebelum ini.

“Ya, Piala Malaysia adalah persaingan tertua dan mempunyai prestij tetapi pada masa yang sama, sebagai pertandingan terakhir musim, biasanya pasukan yang belum memenangi apa-apa untuk musim ini akan lebih bermotivasi.” tulis kenyataan Johor Southern Tigers.

Tambah baginda lagi, “jadi bagi saya, Piala Malaysia hanyalah satu lagi kejohanan, tidak lebih dari itu. Tetapi saya yakin bahawa kelab, para pemain dan barisan kejurulatihan, yang kesemuanya profesional, akan memberikan yang terbaik untuk penyokong, penaja dan sebagainya.”

Walaupun melahirkan nada sedemikian, rata-rata netizen dan penyokong bola sepak tempatan berpendapat JDT merupakan pasukan pilihan untuk mara ke pentas akhir. Kelebihan teknikal individu, corak permainan berpasukan dan rekod pertemuan kedua-dua pasukan jelas memihak kepada skuad Harimau Selatan.

Selain itu, JDT juga sedang mendahului 2-1 secara agregat hasil kemenangan pada perlawanan separuh akhir pertama, sabtu lalu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Sebagai rekod, kali terakhir JDT memenangi Piala Malaysia adalah pada musim 2017 di mana mereka menewaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top