Live streaming melaka united vs pahang 2019

Hari perlawanan liga super yang ketiga. Semalam pasukan jdt hampir tumpas ke tangan terengganu, apabial terikat seri 2-2. Banyak keputusan pengadil dipertikaikan malam semalam. Apepun keputusan yang positif buat pasukan terengganu di tempat sendiri.

Malam ini adalah malam kemegahan buat Tok Gajah.. pencabar terdekat hanya menjarakkan satu mata dibelakang kita..

Dengan kemenangan, Pahang akan kembali merajai tahta liga. Malam ini, malam pertembungan 2 pasukan terkuat yang masing2 berkongsi mata dengan kemenangan 2 kali berturut2. Masing2 juga telah diuji di luar dan halaman sendiri. 

Siapa yang menang akan terus gayat di tangga no 1 liga super dengan masing2 tiada lagi berkongsi mata yang sama. Maka pasukan tersebutlah yang layak menerajui tahta dengan penuh gaya yang elegan.
Tok Gajah bakal bertemu dengan Sang Kancil yang licik. Namun sebenarnya, pertembungan 2 pasukan ini berkait juga dengan nostalgia rentetan dari beberapa peristiwa.

Pertama, Melaka memiliki pemain2 yang pernah beraksi dengan Pahang sebelum ini. Malam ini penyokong2 Pahang akan bertemu dengan Gopinathan, Razman dan Surendran yang suatu tika dulu pernah menyinar dan menjadi hero Tok Gajah. Bagaimanakah perasaan mereka saat menghadapi pasukan yang pastinya dirindui mereka selama ini. Malah Jurulatih Zainal Abidin juga pernah gemilang bersama Pahang merangkul Piala Malaysia dan Piala FA.

Kedua, rentetan peristiwa Liridon yang dikatakan kuat untuk menyertai Pahang kemudian di sailang oleh sebuah kelab terkemuka di tanah air kita. Namun membuat kejutan tidak pula memyertai kelab itu dan kemudiannya menyertai Melaka United. Ibarat kabor, kenapa aok sailang liridon tapi suruh main dengan pasukan lain. Atau ibarat juga, koi tolong ambilkan liridon kat airport untuk main dengan Melaka United. Atau diaorang saje je sailang sebab dengki kat Pahang..

Tapi, ada baiknya juga kerana Tuhan nak beri yang lebih baik lagi iaitu Ze Love dan Orang Besi. Kita ajar liridon bahawa kita orang tak kisah pun aok tak nok main dengan kami..
Yeeeehaaaaa

Doakan admin selamat sampai kat bumi Melaka..

Ayuh tok gajahku..
Hari ini.. kita mesti menang…heaayy..

LIVE STREAMING MELAKA UNITED VS PAHANG 2019,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top