Live streaming MALAYSIA VS THAILAND 2019

malaysia vs thailand,

Perlawanan yang ke4 dalam saingan kelayakan piala dunia 2022 Qatar nanti. Peluang untuk mara kepusingan seterusnya memang agak semakin sukar apabila kita tewas dua kali dengan pasukan vietnam dan UAE, perlawanan terakhir sebelum kepusingan kedua kumpulan G minggu hadapan bertemu dengan Indonesia tampak sukar. bertemu dengan pasukan gajah perang memanglah bukan satu perlawanan yang mudah.

Selain kita mengharapkan sokongan padu dari ekor harimau malaya. Ada beberapa elemen penting untuk memberi keyakinan kepada pasukan kebangsaan pada malam ini.  Taktikal kena kreatif dan cepat tukar jika ianya tidak menjadi. Pemain yang dilihat tidak ada kesungguhan atau tidak berfungsi dengan baik, coach kena cepat tukar pemain ini. 

Mampukah skuad harimau malaya mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan malam ini nanti?? Nampak macam sukar sebab ini skuad lengkap pasukan thailand untuk menentang pasukan malaysia pada malam ini di stadium bukit jalil 8:45 malam nanti.

Kedudukan terkini kumpulan G :

  1. THAILAND 7 MATA
  2. VIETNAM 7 MATA
  3. UAE 6 MATA
  4. MALAYSIA 3 MATA
  5. INDONESIA 0 MATA

Thailand dan Vietnam masing-masing 7 mata, kelebihan buat Thailand sebab jaringan lagi banyak berbanding Vietnam,  UAE 6 mata tangga ketiga menewaskan indonesia dan malaysia. Malaysia yang tangga ke 4 agak jauh untuk kejar tetapi boleh jika menang semua game untuk layak keperingkat seterusnya. Memang agak sukar misi kali ini. Tetapi kita harap pasukan kita mampu untuk bagkit mencari tiga mata penting ditempat sendiri pada perlawanan kali ini.

Korang boleh dapatkan ticket secara online di tickethotline.com.my

 

Nantikannya perlawanan malam ini kita akan update ok. Tunggu.

Live streaming Malaysia vs Thailand 14 November 2019 

 

Sumber youtube.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top