Berikut adalah info yang wajib anda tahu.

INFO PIALA AIR MARINE

– Oman lwn Afghanistan (4.30 ptg)

– Malaysia lwn Singapura (8.45 mlm)

* Tiket berharga RM45 (grandstand), RM35 (terbuka) dan RM25 (pelajar 7 hingga 18 tahun)

* Kaunter tiket akan dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam di Pintu A dan C (penyokong Oman & Malaysia) dan Pintu E (penyokong Afghanistan & Singapura)

* Pintu masuk ke stadium akan dibuka bermula 3 petang

* Penyokong Oman dan Malaysia masuk melalui Pintu A (Tiket grandstand dan terbuka) dan Pintu C (Tiket terbuka) manakala penyokong Afghanistan dan Singapura masuk melalui Pintu E (Tiket grandstand dan terbuka)

* Kemasukan dalam stadium menggunakan sistem baharu iaitu imbasan Kod QR yang terdapat pada tiket

* Sila datang awal bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini terutamanya ketika sudah hampir dengan waktu sepak mula perlawanan