Live streaming malaysia vs indonesia 19.11.2019

malaysia vs indonesia,

Perlawanan yang ke 5 dalam saingan kelayakan piala dunia 2022 dan asia 2023. Perjalanan masih terlalu jauh dan terlalu sukar untuk pasukan ini untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Untuk rekod kita sudah tewas dua kali, menang pun dua kali. Menduduki tangga ke 4 dari 5 pasukan. Namun peluang masih terbuka sebenarnya. Dengan syarat tiada lagi kekalahan dicatatkan dan seri sekurang-kurangnya satu perlawanan. Belum tahu keadaan semasa dan keputusan perlawanan yang lain.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN G :

  1. VIETNAM 10 MATA
  2. THAILAND 7 MATA
  3. UAE 6 MATA
  4. MALAYSIA 6 MATA
  5. INDONESIA 0 MATA

Kena menang perlawanan malam ini, sebab dapatlah kurangkan defisit jurang mata selain nanti tahun depan kita akan bertemu dengan UAE pada bulan tiga, sebagai pasukan pelawat. Harap tan Cheng hoe sudah draf apa strategi yang ampuh untuk sekat uae pada perlawanan ini nanti. Sekarang ialah fokus tiga mata dengan indonesia.

Apepun buat yang terbaik perlawanan malam ini, sama-sama beri sokongan yang tidak berbelah bagi. Kepada mereka yang dalam perjalanan pergi tuh, berhati-hati.  Kita doakan anda semua selamat sampai dan juga selamat pulang.

Siaran langsung live streaming malaysia vs indonesia 19 November 2019. 

 

 

READ
Live streaming pkns vs felda united piala malaysia 28.8.2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: