Live streaming malaysia vs china afc u23 26 mac 2019

 

Perlawanan ketiga atau perlawanan terakhir dalam kempen kelayakkan piala asia afc u23 hari ini distadium Shah Alam , Selangor.

Malaysia perlu menang untuk mara keperingkat seterus dalam kelayakkan ini. Biarpun mendapat 6 mata dan tempat kedua, ianya bukan jaminan untuk mara ke peringkat seterusnya hal ini sebab pasukan yang di tangga kedua, semuanya menyumbat jumlah jaringan yang cukup besar selain mahu seakan-akan membaham pasukan lawan dengan seterusnya.

Jangan cepat mengalah, belum lawan dah mengaku kalah.

Bagaimana mahu berjaya, kalau hal yang penting, kita cuma sinis.
Bagaimana mahu menang, kalau hal yang perlu, kita main-mainkan.

Hasut semua penyokong Malaysia. Ini peluang negara kita. Ini cara kita mendukung ibu pertiwi. Melalui semangat patriotisma kesukanan.

Bayangkan saudara saudari.

Kita menang dengan China. Kita layak ke Thailand Piala AFC bawah 23 tahun, pada tahun depan. Kita bagi yang terbaik. Kita layak pula ke Olimpik seterusnya.

Ini adalah langkah pertama kita. Kalau langkah ini bermula songsang. Pengakhirannya hanya sebuah angan-angan. Kalau kita bermula dengan kekuatan seluruh pasukan, insha’Allah angan-angan boleh direalisasikan.

Usah bermain dengan papan kunci lagi. Cukup-cukuplah kau betul aku salah. Kita sama-sama mahukan kejayaan. Bukan masanya nak sambung perbalahan.

Malaysia negara kita. Bukan negara kau dan aku semata. Negara kita semua. Kalau malu dengan jalur gemilang, apakah ada warna lain secocok dengan maruah kita?

Yang berduit dan ada masa. Penuhkan stadium.
Yang bekerja. Penuhkan live streaming yang ada.
Yang dirumah. Penuhkan seat di depan tv anda.
Yang kelaparan. Penuhkan kedai mamak dan pastikan menayang aksi melawan negara pada malam ini.

Biar pemain tahu.
Mereka sebenarnya tidak sendirian.

LIVE STREAMING MALAYSIA U23 VS CHINA U23 AFC 26.3.2019 

Gila hanya hadir untuk mereka yang benar-benar percaya, kejayaan itu realiti, bukan fantasi.

Dah test mic?
Kalau dah. Pastikan banyak minum air suam. Jaga suara untuk malam ni. Kasi vokal!

Dalam F30, FAM ada tulis KPI untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Untuk layak ke sana, perlu masuk 2020 AFC U23 di Thailand dan dapat top 3 since Japan dah layak. Utk dpt ke 2020 AFC U23 dan dapat top 3, kena menang dulu lawan China esok! Ayoh semua turun ke stadium malam ini bagi sokongan!

Ultras Malaya ketuai kempen ‘hasut’ penyokong ke stadium esok. – Astro AWANI / Shahir Omar

LUPAKAN isu ‘bangsa final’.

Kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya (UM), menyeru semua peminat bola sepak tempatan agar hadir ke perlawanan penting yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, pada Selasa.

Perlawanan genting itu akan menyaksikan pasukan negara berdepan dengan China dalam perlawanan kelayakan AFC B-23.

Pasukan negara masih berpeluang layak ke kejohanan itu yang akan berlangsung pada Januari tahun hadapan di Thailand, namun memerlukan kedudukan selesa dengan menang dalam perlawanan esok.

Di laman sosial, UM mengetuai kempen ‘menghasut’ penyokong datang ke stadium kerana sorakan penyokong sangat penting untuk memastikan Harimau Malaya turun dengan semangat juang tinggi.

Tidak ketinggalan, jurulatih pasukan B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee yang memuat naik entri berikut ke Twitter.

 

Dalam edisi sebelum ini, pasukan kebangsaan berjaya layak sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan itu, yang menyaksikan mereka tewas tipis di tangan Korea Selatan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top