Live streaming Lagu cinta kita minggu2 2020

lagu cinta kita episod2

Lagu cinta kita musim kedua , minggu kedua dihoskan oleh pengacara cik kepom, Elly mazlin dan juga Diva Aa, Azwan Ali.  Minggu ini azwan ali takda, ada hal katanya.

Kecoh dan riuh! Itulah yang boleh disimpulkan untuk episod pertama Lagu Cinta Kita. Kecoh dengan perselisihan pendapat antara juri Mas Idayu dan Ajai. Riuh gara-gara kehadiran Azwan Ali di kaca TV selaku pengacara bersama Elly Mazlein setelah 25 tahun! Penampilan Diva AA yang segak dan kemas turut mendapat perhatian serta pujian warganet.

Tak lupa pada para peserta. Enam pasangan ditampilkan iaitu Kael & Evie, Amir & Balqis, Akmal & Fatin, Syafiq & Annisa, Hakim & Serra, dan Hariz & Mafa. Kael & Evie, Amir & Balqis serta Hariz & Mafa berjaya mewujudkan ‘chemistry’ pada pertemuan dan persembahan pertama. Bagaimanapun, Akmal & Fatin, Syafiq & Annisa serta Hakim & Serra gagal menonjolkan keserasian.

Akhirnya, panel juri tetap yang terdiri daripada Hael Husaini dan Mas Idayu bersama juri jemputan Ajai memutuskan untuk memberi peluang kedua kepada Serra dan Syafiq. Minggu ini, pasangan mana yang akan berjaya meneruskan langkah mereka di Lagu Cinta Kita? Nantikan jawapannya Ahad ini di TV3, jam 9 malam. Anda juga boleh strim secara langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.

Live streaming Lagu cinta minggu 2 2020.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top