Live streaming Jerantut fa vs Perak piala fa 17.4.2019

piala fa, piala fa 2017, piala fa 2018,

Dalam pepatah Inggeris, inilah yang dikatakan “David vs Goliath”.

Undian Pusingan ketiga Shopee Piala FA yang berlangsung petang tadi menyaksikan beberapa perlawanan menarik bakal berlangsung nanti. Tetapi, satu perlawanan yang pastinya menarik untuk disaksikan adalah satu-satunya pertembungan melibatkan wakil daripada Liga M4 menentang pasukan Liga Super.

Jerantut FA, pasukan Liga M4 Malaysia akan menanti kunjungan juara Piala Malaysia 2018, Perak di pusingan ketiga nanti. Dua pasukan dengan tahap berbeza, tetapi pastinya mempunyai misi dan semangat yang sama. Bagi Ketua Jurulatih Jerantut FA, Ahmad Nazri Mat Noor, dia mahu pemainnya memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti dengan harapan masa depan mereka akan lebih cerah.

“Mereka adalah pasukan pilihan tetapi kami tidak perlu rugi apa-apa dalam perlawanan ini. Sebagai pasukan amatur, ia sudah pasti menjadi satu penghormatan besar buat kami bertemu pasukan hebat dan saya fikir anak-anak buah saya sudah pasti mahu turun bermain menentang mereka.

“Namun pada masa yang sama, saya mahu mengingatkan anak-anak buah saya bahawa ini juga akan menjadi peluang buat pemain-pemain saya menunjukkan potensi mereka.

“Bagi kami, perlawanan pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019 ini adalah medan terbaik pemain-pemain ‘kampung’ untuk menarik minat kelab-kelab lain. Jadi, saya mahu mereka bermain bersungguh-sungguh dan membuka mata mana-mana pihak jika mahu bermain bersama kelab di peringkat lebih tinggi,” jelasnya selepas undian pusingan ketiga Piala FA yang berlangsung petang tadi.

Jerantut FA mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan Johor Bahru FA 3-0 dalam aksi pusingan kedua Shopee Piala FA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top