Live streaming jdt vs tampines rovers 2018(piala afc)

Pertembungan jdt vs tampines rovers hari ini di stadium larkin jam 8:45 malam. Apa yang aku dapat info, bas shuttle disediakan untuk memudahkan semua penyokong nak pergi ke stadium larkin dari beberapa tempat yang telah dinyatakan dalam group facebook jst, semuanya adalah percuma.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma bagi kemudahan para penyokong Harimau Selatan pada hari perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Para penyokong boleh menaikinya di hentian yang dinyatakan seperti berikut;

• Taman Tasek Merdeka
• Perpustakaan Awam Larkin
• Larkin Sentral (Pasar Awam Larkin)
• Perhentian Bas Stadium Larkin

Perkhidmatan bas ‘shuttle’ ini akan bermula dari jam 5:00 petang sehingga 8.30 malam. Ia akan disambung semula pada jam 10.45 malam sehingga penyokong bersurai. Perkhidmatan ini diadakan bagi menangani masalah tempat letak kenderaan yang terhad di Stadium Larkin.

JDT VS TAMPINES ROVERS. 

Mampukah jdt mengutip tiga mata penting malam ini di stadium keramat , JDT ? Sukar untuk diramal. Yang pasti jdt berada di stadium kebal yang belum pernah pecah tembelang setakat ini , pastinya keajaiban akan berlaku lagi untuk pasukan jdt malam ini.

KEDUDUKAN KUMPULAN H:

  1. SONG LAM NGHE AN 7 MATA
  2. JDT 4 MATA
  3. PERSIJA JAKARTA 4 MATA
  4. TAMPINES ROVERS 1 MATA

Untuk layak ke suku akhir , kena dapatkan tempat kedua terbaik dalam kumpulan. So dalam keadaan sekarang jdt tangga kedua, berkongsi mata dengan persija jakarta. Tak boleh silap siki, kalah, seri ke macam mana, memang out lah jawabnya. So untuk lebih selamat, jdt kena menang perlawanan demi perlawanan jika mahu terus bersaing dalam liga afc edisi 2018.

READ
Live streaming tampins rovers vs jdt afc cup 6.3.2018

KELAB BOLASEPAK TAMPINES ROVERS MELAWAT FASILITI KELAB BOLASEPAK JDT

Para pemain dan barisan kejurulatihan Kelab Bolasepak Tampines Rovers dari Singapura telah membuat kunjungan melihat fasiliti Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Pusat Latihan Seri Gelam pada 14hb Mac 2018. Mereka akan bertandang ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin pada malam ini untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan H Kejohanan Piala AFC 2018.

Jurulatih mereka yang berasal dari Jerman, Jürgen Raab mengatakan infrastruktur dan kemudahan latihan yang dimiliki oleh JDT berada di tahap profesional. Beliau bersama para pemain turut berasa teruja dengan fasiliti yang dimiliki dan projek jangka panjang JDT. 

Ucapan sahafiq rahim mengenai perlawanan malam ini bertemu dengan tampin rovers.

KAMI MAHUKAN KEPUTUSAN YANG BAIK APABILA BERMAIN DI STADIUM LARKIN

Kami mahukan kemenangan untuk perlawanan bertemu Tampines Rovers kali ini, lebih-lebih lagi kami bermain di halaman sendiri. Agak lama kami tidak bermain di Larkin, oleh itu kami mahukan keputusan yang baik apabila bermain di stadium keramat ini.

Tidak kisah siapa sekalipun yang akan diturunkan untuk perlawanan ini, harus memberikan yang terbaik dan mengikut taktikal yang telah diberikan jurulatih. Kami mahu berfikiran positif dan semestinya mahukan tiga mata kemenangan. Bagi saya, apa yang sudah lepas kita biarkan ia berlalu.

Kami mahu fokus kepada perlawanan ini. Mungkin akan berlakunya perubahan taktikal, perubahan kekuatan dan juga perubahan kelemahan. Apa sekalipun, kami mesti memberi fokus kepada pasukan kami sendiri, iaitu memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan lagi kekuatan kami.

Untuk perlawanan esok, kami perlu memperkuatkan lagi bahagian serangan untuk mendapatkan gol. Insya-Allah JDT akan berjaya mendapatkan keputusan yang baik untuk Johor.

READ
Live streaming t-team vs kedah liga super 15.4.2017

Mengenai ketiadaan Pereyra Diaz, ia hanyalah mengenai seorang pemain sahaja yang meninggalkan kami. Bukan sepuluh orang. Tiada kesan kepada pasukan, malah perlawanan sebelum ini pun dapat dilihat bahawa prestasi pasukan bertambah baik, Alhamdulillah. Ini adalah kesan yang positif buat pasukan dan kami akan lalui semua ini dengan terbaik dan kekal positif.

Untuk perlawanan bertemu Tampines Rovers, kami mempunyai sasaran kami sendiri. Kami mahukan yang terbaik sepanjang perlawanan Piala AFC. Kami mengambil motivasi dan perkara yang baik ketika perlawanan sebelum ini (bertemu Terengganu) untuk dibawa ke perlawanan malam esok.

Kita akan update live streaming malam ini kalau ada, kalau takda kita update live score jerla ok.

Keputusan terkini jdt vs tampines rovers :

JDT (0) VS (0) TAMPINES ROVERS.

LOKASI : STADIUM DATUK TAN SRI HAJI YUNUS, LARKIN JOHOR BAHRU.

MASA : 8:45PM

TARIKH : 14 MAC 2018.

LIVE : DEPAN STADIUM, ….dan dot dot dot..

INFO LIVE STREAMING

thejdt.com 

mynewsports.com

zikrihusaini.blogspot.my 

jdt vs tampines rovers afc cup 2018

Other sources

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: