Live streaming jdt vs pohang fc 1.7.2021

AFC, AFC champions league,

Bukan mudah buat pasukan jdt untuk menewaskan pasukan pohang ini. Perlawanan yang lepas pasukan jdt tewas 1-4 dengan pasukan ini.  Tetapi yang kita tak puas hatinya adalah keputusan pengadil yang dilihat berat sebelah.

Apepun perlawanan petang ini kita harap pasukan jdt mampu bangkit dalam perlawanan penting ini. Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mahu pasukannya bangkit sekaligus mencatat kemenangan ke atas Pohang Steelers dalam aksi kumpulan G saingan AFC Champions League (ACL) petang ini. 

Pada aksi pertama 28 Jun lalu, JDT tewas dengan keputusan 4-1 dimana pengadil dari Australia, Shaun Evans menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada Pohang.

“Kami mahu meraih mata. Kami datang ke sini untuk memenangi perlawanan dan akan memberikan yang terbaik. Kami akan memberikan semua yang kami ada.

“Kami akan menjadikan perlawanan ini sebagai medan untuk membalas dendam,” kata Mora dalam sidang media sebelum perlawanan.

Dalam saingan ACL edisi kali ini, JDT hanya mampu mengutip satu kemenangan iaitu ketika menentang Ratchaburi dan mengalami kekalahan ketika berdepan Nagoya Grampus dan Pohang Steelers.

Wakil tunggal Liga Malaysia itu wajib mengutip kemenangan sekiranya mahu memberi tekanan kepada dua pasukan di tangga teratas selain mencari tempat dalam pusingan seterusnya.

tonton live disini



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top