Live streaming JDT VS KEDAH PIALA MALAYSIA 2019

 

piala malaysia, logo piala malaysia, logo rasmi piala malaysia 2016,

Perlawanan pentas akhir di stadium bukit jalil pada malam ini diantara pasukan jdt vs kedah jam 9 malam . Kedah vs JDT pasukan manakah yang akan menjulang piala malaysia edisi 2019. Kedah menjulang piala fa tahun ini, manakala jdt piala Liga Super yang lebih besar nilainya.

Masing-masing telah berjuang dari peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan sekarang final piala malaysia.

Pasukan JDT yang diundi kumpulan B dilihat tiada masalah untuk bersaingan dalam kumpulan ini. Bersama pasukan Uitm, Petaling Jaya dan PKNP pada aku laluan jdt peringkat kumpulan cukup mudah berbanding kedah.  Menjadi juara kumpulan B dan bertemu dengan pasukan terengganu di suku akhir tampak bukan mudah buat pasukan jdt sebab tahun lepas jdt disingkirkan di peringkat separuh akhir dengan pasukan terengganu. Menang tipis di terengganu 1-0 dan suku akhir kedua di stadium larkin, jdt membelasah pasukan terengganu 4-1 dan berakhir dengan aggregate 5-1.

Separu akhir pasukan jdt bertemu dengan pasukan Selangor nampak macam liat juga. Separuh akhir pertama di stadium larkin, selangor tewas tipis 1-2 dengan jdt. Ifedayo mengatakan sila datang ke shah alam dan buktikan anda adalah pasukan terhebat malaysia, ini adalah shah Alam. Welcome to shah Alam.  Jangkaan mengatakan pasukan selangor akan bangkit di stadium mereka sendiri dengan kehadiran penyokong hampir penuh juga lebih kurang 60 ribu yang datang memberi sokongan kepada pasukan selangor tidak langsung menggugat jdt untuk tidak menang besar di shah alam. Keputusan 3-0 satu keputusan yang sangat positif pada malam ini. Safawi Rashid menyumbang tiga hol (hatrik) menjadikan pasukan jdt mara ke pentas akhir.

Bagaimana pula perjalanan Pasukan Kedah.

Agak perit juga pasukan kedah sebenarnya. Kumpulan A terdiri Pasukan Kedah, Terengganu , Negeri sembilan dan PKNS.

Pada perlawanan pertama bermula dengan langkah kanan menewaskan pasukan negeri sembilan 3-1.Kemudian pada perlawanan kedua tewas 0-2 dengan terengganu, kemudian hanya mampu seri dengan 1-1 PKNS. Perlawanan ke 4 barulah kedah bangkit untuk meneruskan perjuangan menewaskan PKNS 3-2. Perlawanan ke 5  bertemu dengan terengganu barulah menang 3-2. Last game tiada masalah menewaskan Negeri sembilan 4-2.

Suku akhir pasukan negeri kedah bertemu dengan PKNP naib johan kumpulan B , pasukan kedah tiada masalah suku akhir pertama menang 2-1. Suku akhir kedua membenam PKNP 4-2 menang aggregate 6-3 keatas PKNP. Separuh akhir tampak sengit sebenarnya bertemu pasukan yang kuat seperti pahang bukanlah mudah. Pada separuh akhir pertama di tempat sendiri kedah berjaya mengikat kedudukan 3-3 biarpun keputusan tidak memihak kedah sebab pahang ada tiga gol pelawat. Namun skripnya hampir sama di kuantan pahang apabila terikat seri juga 5-5. Namun kelebihan buat pasukan Kedah, sebab ada 5 gol pelawat berbanding pahang biarpun jumlah aggregate ialah 8-8. Beberapa nitizen yang ramai pertikaikan kenapa piala malaysia menggunakan rules eufa atau fifa tidak menggunakan rules afc yang mana jaringan masa tambahan tidak patut dikira dalam aggregate. Apepun piala malaysia ini tidak diiktiraf dalam badan fifa atau dikira markahnya untuk merit afc. So tak perlu dipertikaikan.

Mampukah pasukan Kedah untuk menewaskan pasukan JDT malam ini di stadium Bukit Jalil??

Bukan mudah, sebab pasukan kedah ada beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan sebab sudah mengutip kad kuning so tidak dapat beraksi di pentas akhir iaitu Renan Alves dan Rizal Ghazali. Namun skuad helang merah tetap opitmis pasukannya mampu untuk lakukan yang terbaik pada perlawanan malam ini nanti.

Ayuh sokonglah pasukan kegemaran anda malam ini. Buat yang terbaik ok.

Live streaming JDT VS KEDAH FINAL PIALA MALAYSIA 2.11.2019. 

 

Keputusan terkini perlawanan piala malaysia JDT VS KEDAH 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top