LIVE STREAMING JDT VS FRONTALE 24.4.2022

JDT VS KAWASAKI FRONTALE

Perlawanan tumpuan pada malam ini biarpun kita ada liga super, liga perdana english. JDT memerlukan masa dan peluang untuk beraksi dalam pentas yang berprestij seperti ini, liga juara-juara asia.

KAWASAKI FRONTALE MAHU MALUKAN JDT MALAM INI!!

Sudah ada keazaman menggunung yang diidamkan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale yang mahu memalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di hadapan penyokong pasukan itu apabila sekali lagi bertemu dalam Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, pada malam ini

Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki menegaskan kemenangan ke atas JDT amat penting bagi membuka laluan buat pasukannya untuk merampas kedudukan pendahulu Kumpulan I seterusnya menewaskan Ulsan Hyundai untuk mara ke pusingan seterusnya.

Katanya, Kawasaki Frontale memilik status selaku pasukan yang berada di ranking pertama kelab Asia harus memiliki kualiti terbaik dan perlu bangkit untuk menidakkan usaha kelab dari Asia Tenggara untuk mengecewakan mereka.

“Selepas tamat perlawanan tempoh hari, pemain berasa sangat kecewa apabila gagal membawa pulang tiga mata setelah seri tanpa jaringan.

“Saya akan pastikan keadaan ini tidak berulang, kami perlu menang perlawanan esok dan sudah bersedia sepenuhnya bagi memastikan kemenangan berada dalam genggaman kami.

“Berada di tempat kedua dalam kumpulan tidak cukup buat kami untuk layak ke pusingan seterusnya. Jadi, kami wajib menang apabila berdepan JDT dan Ulsan Hyundai seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan Khamis lalu, juara Liga 1 Jepun (J1 League) itu gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke pintu gol lawan, situasi yang tidak pernah berlaku sejak 2017 hingga memaksa pasukan berkongsi satu mata dengan JDT.

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN JDT VS KAWASAKI FRONTALE 24.4.2022. 

 

Oniki berkata, menjelang pertemuan ini, jentera serangan Kawasaki Frontale sudah bersedia untuk beraksi dengan lebih garang dengan menghasilkan lebih banyak percubaan ke arah gol lawan.

“Antara masalah yang kita lalui pada pertemuan sebelum ini ialah ketajaman di hadapan gawang lawan. Hal ini tidak boleh berulang kerana kita sangat perlukan kemenangan ini,” kata Oniki.

Sementara itu, pemain tengah pasukan itu, Yasuto Wakizaka berkata, rakan sepasukan tidak boleh leka apabila turun menentang juara AFC musim 2015 itu dan berusaha bermati-matian bagi mengutip tiga mata.

“Sesiapa pun yang akan diturunkan perlu memikul tanggungjawab penting bagi memastikan pasukan berjaya membawa pulang tiga mata,” katanya.

Jadual Perlawanan

Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL)

Ahad, 24 April 2022

  • Guangzhou FC lwn Ulsan Hyundai FC
  • Lokasi Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin 5 petang
  • Johor Darul Ta’zim (JDT) lwn Kawasaki Frontale
  • Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. 10 malam.

LIVE STREAMING JDT VS KAWASAKI FRONTALE 24.4.2022

NANTIKANNYA

disini 

30.TV

FACEBOOK

LAIN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top