Live streaming Gegar Vaganza 5 minggu 1 2018

gegar vaganza 5 2018.

Konsert BIG STAGE telah melabuhkan tirainya minggu lepas, Sarah Suhairi menjadi juara edisi 2018. Pada hari Ahad ini, 30 September adalah hari permulaan untuk episod terbaru pertarungan vokal untuk peserta GEGAR VAGANZA musim ke-5. Untuk musim ini, GV5 sudah bertukar lokasi iaitu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam di mana lokasi yang sama dengan BIG STAGE.

Pertandingan nyanyian popular yang ditunggu-tunggu peminat ini sekali lagi akan menjadi fenomena dan videonya akan sentiasa trending setiap minggu. Itu tak dikira dengan kontroversi yang akan dicungkil sebagai bahan berita. Hos seperti biasa, Jihan muse dan Nabil Ahmad yang akan menceriakan pentas Gegar Vaganza kali ini. Kalau tahun lepas, Jihan gendong baby dalam perut lagi, tahun ini dia berkembang pulak dah tak boleh nak kurus.

Pastinya, para peminat seni hiburan tanah air sudah tidak sabar lagi untuk menantikan pentas ‘Gegar Vaganza’ musim kelima atau ‘GV5’ dibuka secara rasminya untuk menyaksikan gegaran bintang kembali menyengat. 

Konsert ‘GV5’ di minggu pertama akan dibuka dengan tema yang pastinya bakal mengimbau memori lama kerana para peserta yang disegani telah diberi cabaran untuk menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka yang pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu.

Untuk minggu pertama

  1. Billy Zulkarnain lagu ‘Vida,
  2. Elite(Tamparan Wanita),
  3. Forteen (Dekat Tapi Jauh),
  4. Zamani (Kembali Terjalin),
  5. Shafie Rio (Layu Di Hujung Mekar),
  6. Hetty Sarlene (Siapa Diriku Di Sisimu),
  7. Noryn Aziz (Fantasi Oh Realiti),
  8. Safura (Bukan Lupa Tapi Tak Ingat),
  9. Amelina (Asyik),
  10. Dia Fadila (Andai),
  11. Farahwahida (Tanpamu),
  12. Maya Matahari (Diari Biru).

Macam mana ?? ok ke lagu diaorang untuk minggu pertama lagu sendiri jer nih.

Jangan lupa untuk menonton Siaran Langsung Konsert Gegar VaganzaMusim 5 (Minggu Pertama) pada 30 September 2018 (Ahad), jam 9.00 malam.

Peserta manakah yang korang minat? Siapakah yang bakal menyerlah untuk kali ini? Sila tulis di ruangan komen okay?

LIVE STREAMING GEGAR VAGANZA 5 MINGGU 1 2018 (tunggu jam 9 malam nanti ok!)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top