Live streaming final sukma kedah vs perak bolasepak 19.9.2018

sukma 2018,

Perlawanan bolasepak SUKMA Perak 2018, Rabu, 19 September 2018.

Merupakan perlawanan penentuan pingat emas dan perak. Ibu segala emas akan menentukan pasukan manakah yang akan merangkul emas yang paling bermakna buat sukma 2018.

Bertambah menarik apabila perak selaku tuan rumah Sukma tahun ini dan pemenang sukma edisi lalu. Ungkapan ‘Kalau tuan rumah tidak boleh menang kedudukan keseluruhan pingat emas. Maka ibu segala emas akan tutup cerita cemerlang tuan rumah’ inilah sering didengari apabila ada sukan karnival seperti sukan asia mahupun sukan sea. Selain itu, kedah yang kini amat dahagakan kejayaan musim 2018 kini berharap skuad ini mampu beraksi cermelang di final. Naib juara piala presiden tahun ini, kedah agak bernasib baik apabila mara ke final hasil kemenangan 2-1 ke atas terengganu semalam. Dramatik di suku akhir (120minit) dan semi final (120minit) membuatkan kedah bukan pilihan emas sukma edisi ini.

Sejujurnya aku teringat sukma Tahun 2006. 2007, 2008 skuad utama kedah pasukan terbaik di malaysia dan ramai pemain berbakat+ubi. Tak payahlah rasanya admin nak ulas pasai 2007 dan 2008 tu yea…tengok ada VICTOR ANDRAG jadi coach tu dah cukup rasanya. Selamat maju jaya Team Sukma.

All the best, PERAK VS KEDAH.

Info perlawanan :

1. Hanya 19,000 tempat duduk disediakan.

2. Penyokong Negeri Kedah dinasihatkan masuk ke Stadium Perak mengikut Pintu F (5,000 orang)

3. Penyokong Negeri Perak dinasihatkan masuk ke Stadium Perak mengikut Pintu A, B dan D(14,000 orang)

4. Masuk adalah percuma. Tidak perlukan tiket.

5. Datang awal, acara balapan akan berakhir pada pukul 7.00 malam. Bola sepak final 9.00 malam.

6. Sekiranya Kapasiti Stadium Perak sudah penuh, 2 layar besar (Big Screen) disediakan di Stadium Ragbi dan pusat Akuatik Tungku Zara.

7. Jangan membawa bahan larangan, mercun, objek senjata, Suar, kayu bendera masuk ke Stadium Perak. (Petik api boleh..hihi)

8. Kelakuan Tertib di dalam kawasan Stadium Perak.

9. Patuh arahan Trafik. Bilik gerakan IPD Ipoh disedaikan jika perlukan pertolongan.

10. Yang tidak ke Stadium Perak duduk rumah musim hujan. Beli bekalan makanan secukupnya. Remote tv disembunyikan dr drama-drama mat don. Hari ini menang, esok hari khamis cuti? Mau? Hahaha

So jangan lupa.

FINAL BOLASEPAK SUKMA
PERAK VS KEDAH
TARIKH: 19.09.2018
MASA: 8.45 MALAM
TEMPAT: STADIUM, IPOH PERAK

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top