Live streaming final all england 10.3.2019

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlawanan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mara ke final kejohanan badminton All England 2019 malam ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata RTM HD Sports di saluran TV1 akan membawa secara langsung acara itu bermula 7.30 malam.

“Tq. Saya telah semak. TV1 dan RTM HD Sports akan siar Live Badminton All England malam ini, 10 Mac, 7.30 malam. @SyedSaddiq,” katanya dalam catatan di laman Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada pertanyaan seorang pengguna Twitter Hormat Sikit Darjah 3 @scromix yang ingin tahu sama ada stesen televisyen tempatan akan menyiarkan perlawanan beregu Malaysia yang mara ke final itu secara langsung.

Awal pagi tadi, gandingan Aaron-Wooi Yik membuktikan gelaran ‘pembunuh gergasi’ yang menyaksikan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menjadi mangsa pada aksi separuh akhir.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Birmingham, pasangan negara mengetepikan beregu Indonesia yang berada di ranking kesembilan dunia dengan 12-21, 22-20, 21-19.

READ
Aqasha tersingkir gegar vanganza minggu ke 6 ,2017

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: