Live streaming Big stage minggu 6 2020

big stage,

Big stage minggu ke 6 minggu ini diteruskan lagi. Bertemakan Rotasi 36T. Setelah minggu lepas, kita ada konsert tribute kepada Arwah Sandra. Tinggal 8 peserta sahaja yang berjuang dalam pentas big stage minggu ini. Adakah akan ada 2 penyingkiran pada minggu ini?? Kemungkinan besar, ya. Kalau juri tak mahu guna immuniti minggu ini, apa boleh buat. Dah satu minggu lebih bercuti, so kena buat yang terbaik lah untuk semua peserta.

 

Tema: Rotasi 36T

  1. Usop – One Call Away (Charlie Puth)
  2. Azzam Sham – Numb (Linkin Park)
  3. Qody Rany – Teman Penganti (Black ft Malique)
  4. Fadh Majid – Seperti Mati Lampu (Elmo Genk X Conrad Good Vibration)
  5. Hafiz Zainal – Rampas (Akim & The Majistret)
  6. Farisha Iris – How You Like That (Blackpink)
  7. Dinie Rashid – Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais)
  8. Nana Sheme – Budak Ngam (Sophia Liana ft Budak Ngam)

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, persembahan konsert keenam pada minggu ini akan melibatkan lagu solo tema rotasi 36T dengan sebuah lagu battle.

“Persembahan lagu solo tersebut merupakan tugasan yang kami berikan pada minggu kelima dan dibawa ke minggu keenam dan satu lagi merupakan lagu battle yang kami akan umumkan tidak lama lagi,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.

Memandangkan konsert kelima BS2020 tidak diadakan kerana memberi penghormatan kepada konsert Tribute #SandraDalamKenangan, Ema menjawab jika akan ada dua penyingkiran terhadap lapan bintang yang masih bertanding.

“Untuk dua penyingkiran tu kita belum tahu lagi, semuanya bergantung pada malam Ahad nanti. Melihat pada persembahan mereka juga, baru kita akan buat keputusan,” ujar Ema lagi.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

READ
Sinopsis sepahtu cinta plastik

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Tonton full disini 

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Kita kan kemaskini kalau ada live. Takda minta maaf.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: