Live streaming anugerah skrin 2019

anugerah skrin 2019,

Anugerah skrin 2019 akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

ANUGERAH Skrin 2019 (ASK2019) yang bakal berlangsung pada 1 November ini masih lagi mengekalkan konsep tanpa pengacara, sebaliknya, menampilkan beberapa pasangan selebriti untuk menyerikan acara tahunan itu.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, konsep itu mendapat sambutan positif daripada penonton.

Live streaming Anugerah Skrin 2019 

“Konsep ini masih lagi diteruskan kerana ramai yang sukakannya sekali gus menampilkan kelainan kerana tidak menggunakan pengacara seperti program lain,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai pemilihan pasangan selebriti, Siti Nurlisia berkata, ia berdasarkan kesesuaian dengan majlis.

“Ada pasangan terdiri daripada suami isteri dan ada juga digandingkan kerana keserasian seperti Elly Mazlein dan Shuk Sahar,” katanya.

Live karpet merah

Selain Elly dan Shuk, malam kemuncak ASK2019 juga menampilkan Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.

Selain itu, ASK2019 menjanjikan pengisian program yang menghiburkan sepanjang kelangsungan malam anugerah nanti.

Antaranya, persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh, pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee.

Secara keseluruhan, ASK2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Tiga kategori baharu di bawah kategori drama yang diperkenalkan pada tahun lalu turut bertanding dalam ASK2019 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Malam Anugerah ASK2019 bakal menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk tujuh kategori yang lain akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober ini.

 

Tonton di daily motion

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top