Bertemakan ‘Glam & Sophisticated’, AIM23 bersedia untuk menghiburkan anda dengan barisan artis terkenal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Amir Masdi, Insomniacks dan bersama 3 hos paling kencang! Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin. Jom kita tengok Malam Kemuncak Anugerah Industri Muzik 23, Ahad ini, 11 September, 9 malam di Astro Ria dan Strim di Astro GO!
Anugerah Industri Muzik ini adalah untuk menghargai pengkarya muzik ditiga negara, MALAYSIA, INDONESIA DAN SINGAPURA. Penganugerahan berprestij dalam dunia hiburan tanah air Anugerah Industri Muzik (AIM) bukan sahaja memberi pengiktirafan penyanyi tetapi turut mengangkat sumbangan komposer, penulis lirik, penerbit dan jurutera bunyi yang terlibat dalam industri rakaman muzik di Malaysia.
BARISAN JURI AIM-23 2022.
Senarai barisan juri Anugerah Industri Muzik (AIM23) bagi menentukan pemenang terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki. Tarikh, Tempat Dan Siaran Langsung AIM23 Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM23) akan diadakan pada hari Ahad, 11 September 2022 bermula jam 9.00 malam bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta disiarkan secara siaran langsung menerusi Astro RIA dan Radio ERA. Acara Karpet Merah terlebih dahulu berlangsung pada jam 8.30 malam.