GEGAR VAGANZA kembali lagi.
Pengacara teap iaitu Jihan muse dan Nabil yang akan menggalas gegar vaganza untuk edisi 2017 kali ini. Tak sabar katanya nabil dengan jihan nak kenakan tok ram. Gurau kasar bhai. Gegar Vaganza bagi musim yang keempat bermula 29 Oktober 2017 dan disiarkan pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 malam hingga 12.00 malam. Pengkritik tetap iaitu Datuk Ramli Ms sekali lagi menjadi juri utama program ini. Memang buat duit tollah astro nih.
Peserta kali ini turut mempunyai wakil dari negara Indonesia (Firman) dan Singapura(Ferhad). Berikut ialah senarai penuh peserta yang akan bertanding bagi musim 2017:
- Aishah
- Aqasha
- Elyana
- Firman
- Ferhad
- Haida
- Hazami
- Lan Kristal
- Liza Hanim
- Raja Azura
- Syura
- Tia Jinbara
Tugasan minggu pertama gegar vaganza 2017.
Peserta | Lagu dan nyanyian asal |
---|---|
Aishah | “Janji Manismu” nyanyian Aishah |
Aqasha | “Embun” nyanyian Aqasha |
Elyana | “Tak Tercapa Akalmu” nyanyian Elyana |
Ferhad | “Kasih Berubah” nyanyian Ferhad |
Firman | “Kehilangan” nyanyian Firman |
Haida | “Zapin Usik Mengusik” nyanyian Senario & Haida |
Hazami | “Mungkir Bahagia” nyanyian Hazami |
Lan Kristal | “Seragam Hitam” nyanyian Kumpulan Kristal |
Liza Hanim | “Siapa Sangka Siapa Menduga” nyanyian Liza Hanim |
Syura | “Nazam Berkasih” nyanyian Syura |
Tia Jinbara | “Farhana” nyanyian Kumpulan Jinbara |
Raja Azura | “Hati Terkunci” nyanyian Raja Azura |