dr asyraf dusuki

“Lancar tabung jika akaun UMNO terus dibeku” Kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf, setuju ke??

dr asyraf dusuki

Kritikal nampaknya kalau keadaan kewangan umno macam ini!! Tapi nak buat macam mana , dah jadi macam tuh. PIhak berkuasa dah umumkan bekukan akaun umno kerana dikatakan ada terlibat dengan 1mdb.

UMNO berhasrat melancarkan tabung khas untuk mengutip derma bagi membiayai program parti itu jika akaun parti terus dibekukan Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan akan dibincangkan dengan barisan Exco Isnin ini.

Katanya, walaupun terkesan dengan pembekuan berkenaan termasuk untuk pembayaran gaji pekerja, semangat mereka tidak luntur walaupun UMNO hari ini ditindas.

“Kita tidak tahu sampai bila akaun akan dibekukan dan dan sekiranya perlu, akan mengisytiharkan tabung untuk mengutip derma bagi membiayai program kita lakukan.

“Mereka mahu tindas atau lakukan apa saja terhadap UMNO, kita tidak kisah kerana saya melihat semangat ahli UMNO khususnya Pemuda tidak akan mengalah kerana duit bukan segala-galanya.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan pemilihan UMNO minggu lalu, Pemuda sudah memberi isyarat bahawa apa yang kita pentingkan perjuangan bukannya wang.

“Semakin mereka (Pakatan Harapan) menekan kita, semakin kita bangkit. Ini kerana semangat kita tidak akan terjejas hanya kerana akaun parti dibekukan kerana mereka tidak boleh menutup semangat perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Akhbar semalam melaporkan, 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB termasuk milik UMNO dibekukan.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, sekiranya gagal menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO bagi melakukan perubahan dalam parti itu, beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang.

“Saya ‘target’ dalam tempoh tiga tahun ini, saya perlu membida asas Pemuda menerusi program pengkaderan dan pentarbiahan.

“Justeru, saya berharap jentera Pemuda UMNO sama-sama membantu untuk menguatkan kembali jentera bagi meraih semula keyakinan rakyat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

READ
Justo jumpa Tun M-check mate!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: