Kerajaan Pas Kelantan sokong siasatan!!

najib, parlimen dibubarkan,

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan menyokong usaha Kerajaan Pusat yang diterajui Pakatan Harapan menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demi keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, mana-mana kerajaan sekali pun berhak membuat penyiasatan terhadap apa-apa yang berlaku di dalam negara terutama apabila ada kaitan kehilangan dan ketirisan ketika pentadbiran kerajaan lalu.

“Saya rasa kewajaran ada bagi sebuah kerajaan untuk melihat (siasat) sebab ini membabitkan harta awam. Sudah mestinya ada penyiasatan untuk melakukan keadilan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim, tadi.

Beliau berkata, siasatan yang dijalankan terhadap Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu mematuhi prosedur operasi standard selain tidak timbul isu bulan Ramadan dalam melaksanakan penyiasatan.

“Tidak berbangkit isu bulan Ramadan untuk siasat. Bulan Ramadan ini boleh bekerja, berusaha atau melaksanakan program mahupun tugas mana-mana yang dilantik kerajaan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
READ  Tiada bantuan KWSP RM50 untuk isteri kedua-TPM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: