Keputusan permohonan i-sinar kwsp 4 januari 2021 semak di isinar.kwsp.gov.my

i-sinar kwsp

Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Simpanan Akaun 1 (Semakan Status)

Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP bermula 21 Disember 2020. Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah pun diumumkan bahawa ahli-ahli pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan akan menerima manfaat ini.

Sedikit sebanyak memberi keleagaan para pencarum KWSP yang terkesan (bagi yang layak) akibat wabak covid-19 yang dilanda negara malah seluruh dunia. Pencarum yang layak dibenarkan membuat pengeluaran sehingga Rm10,000 atau lebih tertakluk kepada baki akaun 1 masing-masing. Terdahulu pencarum dibenarkan mengeluarkan Akaun 2 KWSP yang dikenali sebagai i-Lestari.

Apa Itu i-Sinar? 

i-Sinar adalah kemudahan yang diberikan kepada ahli KWSP yang terjejas ketika krisis Covid-19 untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ia merupakan sistem yang diperkenalkan KWSP untuk memudahkan ahli KWSP membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP

Berapa Jumlah Maksimum Pengeluaran boleh dikeluarkan?

Amaun pengeluaran i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 masing-masing. Terdapat dua jenis iaitu pertama bagi baki simpanan Akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah, pengeluaran dibenarkan sehingga RM10,000 dan kedua, bagi baki simpanan Akaun 1 lebih dari RM100,000, dibenarkan mengeluarkan sehingga 10% daripada simpanan dengan maksimum amaun RM60,000

Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Duit KWSP Secara Online (Akaun 1)

Korang boleh ketahui status permohonan i-sinar pada 4 januari 2021 hari isnin ini nanti ok.

i sinar kwsp status

Ada dekat butang bawah laman i-sinarkwsp. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top