keputusan penuh senarai pemenang Anugerah Meletop Era (AME) 2018

anugerah meletop era 2018, ame 2018,

Apepun tahniah kepada semua pemenang dan finalis anugerah Meletop Era 2018. nak dapat top 5 bukan mudah beb. Semua tuh kiranya sudah ada nama dalam industri dalam dunia hiburan ini. Yang menjadi penentunya siapa yang ramai diundi dia menang lah. Huhu.

ANUGERAH MeleTOP Era 2018 (AME 2018) di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini menjadi kejayaan terindah buat dua selebriti popular Neelofa dan Khai Bahar apabila masing-masing membolot kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki.

Lebih membanggakan apabila Neelofa dapat mempertahankan gelaran buat kali kedua berturut-turut sejak dia menang pada tahun lalu.

Justeru, untuk kategori Drama MeleTOP dimenangi Red Velvet arahan Michael Ang dan anugerah Pelakon MeleTOP pula menjadi milik Noor Neelofa.

Penyampai radio yang juga pelawak Jep Sepahtu bersama isterinya, Sari Yanti dipilih memenangi kategori Couple MeleTOP manakala Program Radio MeleTOP menobatkan Johara Pagi Era buat kali kelima sejak AME dianjurkan. Bagi kategori Penyampai Radio MeleTOP pula dimenangi Johan dari Johara Pagi Era dan Artis Lawak MeleTOP pula dimenangi pelawak yang juga pelakon, Zizan Razak.

Sementara itu, anugerah Si Cilik MeleTOP dimenangi Arif Jiwa Asyraf, sekali gus menewaskan calon lain seperti Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Syeriv Samheizy dan Yusuf Iskandar. Pelakon drama Titian Cinta di slot Akasia TV3, Farah Nabilah dinobatkan sebagai Artis Baharu MeleTOP.

Tidak ketinggalan, anugerah Program MeleTOP akhirnya menjadi milik Sepahtu Reunion Live 2017 menewaskan empat lagi program lain dicalonkan. Sementara itu, Khai Bahar menang kategori Penyanyi MeleTOP menewaskan Siti Nordiana, Ayda Jebat, Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Khai turut menang anugerah Lagu MeleTOP menerusi single pertamanya, Bayang. Manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Faizal Tahir memenangi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP.

Pelakon Nur Fazura dipilih sebagai pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem lakonannya, J Revolusi pula diumumkan sebagai pemenang kategori Filem MeleTOP. Selain itu, Nabil Ahmad dipilih sebagai pemenang trofi kategori Hos MeleTOP manakala Neelofa kali ini memenangi kategori Fesyen MeleTOP.

AME 2018 turut meraikan ikon penyiaran berpengalaman Datuk Harjit Singh Hullon sebagai pemenang kategori Anugerah Khas MeleTOP.

Bagi setiap kategori, pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama iaitu Top Top MeleTOP menerima hadiah RM10,000 berserta trofi.

Malam AME 2018 dihoskan lima pengacara iaitu Nabil Ahmad, Neelofa, Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan Sabri Yunus.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi senior seperti Datuk Ramli Sarip, Ito Blues Gang, Francissca Peter, KOOL, Gersang, Ruffegge, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah, Noh Hujan, Altimet dan UNIC.

Manakala, persembahan daripada penyanyi generasi baru iaitu Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakrie, Khai Bahar, Ismail Izani, Haqiem Rusli dan Xpose Band.

Turut diundang membuat persembahan di AME 2018 ialah penyanyi dari Indonesia iaitu Virgoun dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla dan Upiak pula sangat dikenali dengan lagu Tak Tun Tuang.

Senarai penuh pemenang anugerah meletop era 2018.

1.Artis baru meletop :

  • Farah Nabila

2. Si Cilik

  • Arif Jiwa Ashraf

3. Couple Meletop

  • Jep Sepahtu & Sari Yanti

4. Program Radio Meletop

  • Johara Pagi Era.

5. Penyampai Radio Meletop.

  • Johan.

6. Program Meletop.

  • Sepahtu reunion 2017.

7. Hos Meletop .

  • Nabil Ahmad.

8. Artis Pelawak Meletop.

  • Zizan Razak.

9. Drama Meletop.

  • Red Velvet

10. Pelakon Meletop.

  • Neelofa

11. Group DUO Meletop

  • Faizal Tahir FT Datuk Seri Siti Nurhaliza.

12. Penyanyi Meletop.

  • Khai Bahar.

13. Lagu Meletop.

  • Khai Bahar.

14. Filem Meletop.

  • J Revolusi.

15. Bintang Meletop.

  • Fazura

16. Anugerah Khas Meletop Era.

  • Datuk Harjit Singh (pembaca berita RTM) HULLON

Kemuncak anugerah top-top meletop lelaki :

  • LELAKI :KHAI BAHAR
  • WANITA : NEELOFA

17.Fesyen Meletop.

  • Neelofa.

Akan diupdate dari semasa ke semasa. So tunggu lagi. huhu .. Tahniah semua ok!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top