KEK PANDAN CHEESE LELEH KUK
(kalau tak nak pandan bole ganti dengan vanilla atau perasa lain)
1. Telur – 4 biji (*)
2. Gula – 1/2 cawan (*)
3. Ovallete – 1 sudu besar (*)
4. Pewarna – beberapa titik
5. Perisa – 1 penutup botol
6. Tepung gandum – 1 setengah cawan
7. Baking powder – 1 sudu teh
8. Minyak masak @ minyak jagung – 1/4 cawan
– Pukul bahan2 yg bertanda (*) hingga kembang dan ringan
– Kemudian masukkan pewarna, perisa, tepung gandum, baking powder dan minyak masak @ minyak jagung…. kacau sehingga rata.
– Sapukan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan kek tersebut.
– Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil utk mengelakkan air kukusan jatuh ke dalam adunan.
– Pastikan air kukusan dimasak terlebih dahulu. Kukus kek selama 40 minit.
– Selepas kek dimasak, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.
– Belah bahagian tengah kek dgn menggunakan benang.
Topping
1. Cream cheese – 250 gram
2. Susu pekat – 1/2 cawan
3. Susu cair – 1/2 cawan
4. Cheddar cheese blok
– Pukul bahan2 di atas sehingga sebati dan tidak berketul.
– Sapukan di bahagian tengah dan di atas kek
– Parutkan Chedder cheese blok di atas topping tadi… kalau dapat parut yg halus tu, lg cantik….
Ok la….. selamat mencuba yer kengkawan… Sekian…. 🙂