Kedah juara piala fa tewaskan perak 1-0 27.7.2019

piala fa, piala fa 2017, piala fa 2018,

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :

PERAK 0-1 KEDAH

jaringan oleh Fadzrul Danel 105″

Pemain terbaik:  Ifwat.

BUKIT JALIL: Sentuhan pertama pemain gantian Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam sebaik dimasukkan memastikan kemenangan 1-0 Kedah ke atas Perak pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan itu bukan saja mengulangi kejayaan musim 2017, tetapi skuad Helang Merah kini bergelar pasukan paling berjaya dalam kempen Piala FA bersama Selangor dengan merangkul trofi berkenaan sebanyak lima kali.

Kejuaraan itu juga memastikan permulaan cemerlang buat pengendalinya, Aidil Sharin Sahak dalam musim pertamanya di Liga Malaysia (Liga M).

Percubaan pemain Perak, Brendan Gan (kanan) dinafikan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim. – NSTP/Eizairi Shamsudin

Ketika juara seakan ditentukan menerusi sepakan penalti, keputusan Aidil memasukkan Mohd Fadzrul Danel di akhir babak pertama masa tambahan ternyata tepat selepas pemain 21 tahun itu melakar nama selaku wira pasukan.

Minit ke-63, Kedah sepatutnya sudah membuka jaringan tetapi sepakan lemah Muhammad Farhan Roslan selepas melepasi perangkap ofsaid mudah ditangkap kemas Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Minit ke-70, Ronaldo berjaya menewaskan penjaga gol Kedah Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim namun tolakannya sempat dipintas pertahanan lawan dan dakwaan bola terkena tangan pemain Kedah langsung tidak dilayan pengadil perlawanan, Takuto Okabe.

Jonatan Jesus Bauman (tengah) diasak, Brendan gan (kiri) dan Leandro Dos santos di Stadium Nasional Bukit Jalil. – NSTP/Syarafiq Abd Samad

Dalam masa tambahan babak kedua, Muhammad Hafizul Hakim dua kali mempamerkan aksi tangkas dan tempoh empat minit yang dilanjutkan itu jelas perit buat Perak apabila turut kehilangan pertahanannya, Amirul Azhan Aznan ekoran layangan kad merah.

Kemasukan Mohd Fadzrul Danel menggantikan David William Rowley jelas membuahkan hasil selepas pemain gantian itu meledak gol pertama Kedah pada minit ke-105.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top