Jangan Malaysia jadi satu-satunya negara di mana ‘lockdown’ sebenarnya bermaksud ‘all open’ – Najib

najib, parlimen dibubarkan,

Aku pun tak paham sebenarnya apa mesej yang cuba dia sampaikan. Walaupun DS najib sekarang di pihak kerajaan tetapi dia masih lagi dalam proses perbicaraan. Beliau lantang mengkritik kedua-dua belah pihak baik pembangkang mahupun dalam kerajaan.  Seolah-olah najib mahu jadi hero. Kita sedia maklum bahawa, memang ada orang lain yang handle facebook dia tuh.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat tiada lagi keperluan untuk kerajaan menyambung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sebaliknya, negara perlu beralih kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Tukar sahaja kepada PKPB + larangan rentas negeri untuk urusan bukan komersial. Hentikan juga segala road-block dalam bandar sebab ia akan sangat susah untuk PDRM mengawal setelah hampir semua jenis perniagaan sambung beroperasi,” katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

Jelasnya, tiada lagi makna untuk melaksanakan PKP kerana hampir semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi semula.

“Oleh sebab dine-in dan hampir semua jenis perniagaan boleh sambung beroperasi maka tiada lagi perlu untuk sambung PKP ini.

“Dine-in, kedai pakaian, kedai permainan, kedai perabot, kedai gunting rambut, pasar malam, kedai solek, kedai bunga dan hampir semua boleh diteruskan sebab semua maklum bahawa covid hanya berbahaya dalam parlimen. Tiada lagi makna untuk PKP,” ujarnya lagi.

Malah, Najib memberi andaian negara mungkin jadi satu-satunya negara yang melaksanakan ‘lockdown’ hanya pada nama, tetapi tidak pada maksud sebenarnya.

“Jangan Malaysia jadi satu-satunya negara dalam dunia di mana lock-down sebenarnya bermaksud all open”, katanya lagi.

Sumber Facebook najibrazak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top