Jamal tiba di KL tengah hari ini, kata peguam!!

jamal, jamal pak tongkol,

Pendekar perang sungai besar, Jamal Pak Tongkol dijangka akan tiba hari ini. Wahh confirm ramai wartawan akan tunggu di airport nanti.

Datuk Seri Jamal Md Yunos akan tiba di Kuala Lumpur tengah hari ini dan spekulasi mengatakan beliau akan terus dibawa ke mahkamah untuk didakwa. Hurm, terus dakwa, laju betul kerajaan buat kerja macam nih.

Ketika dihubungi, peguamnya Imran Tamrin mengesahkan kepulangan Jamal itu – yang sebelum ini melarikan diri ke Indonesia ekoran diburu polis.

“Beliau dijangka tiba pada pukul 2.15 petang,” katanya kepada pihak media.

Sumber polis berkata ketua Umno Sungai Besar itu akan segera dibawa ke mahkamah untuk didakwa.

Ketika ditanya, Imran yang juga ADUN Sungai Panjang berkata beliau tidak pasti sama ada anak guamnya itu akan terus didakwa atau direman terlebih dulu.

Jamal yang hilang sejak Mei lalu ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Mac lalu. Beliau ditahan di ibu pejabat polis Jakarta Selatan sebelum dihantarpulang pagi ini.

Beliau pertama kali ditahan polis pada 22 Mei lalu ketika dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, namun melarikan diri ketika proses ikat jamin.

Bekas ketua kumpulan Baju Merah itu dikehendaki polis atas beberapa kesalahan, antaranya di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan awam dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960 berkaitan penggunaan senjata api.

READ  Sapa pengarah jabatan air Sabah?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: