Walaupun kecewa kerana terpaksa berdepan dengan hinaan dan cercaan Netizen mengatakan dirinya seorang perampas kerana berkahwin secara rahsia dengan suami orang sebagai isteri kedua, Izreen Azminda menerima hakikat itu.
BH Online melaporkan, bagi Izreen, mengahwini suami orang dan menjadi isteri orang ialah takdir dan sudah tertulis.
Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.
Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.
Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sebelum ini, Netizen mula berspekulasi Izreen telah berkahwin kerana Izreen sering memuat naik status-status yang menggambarkan dirinya sedang berbahagia. Dia juga menulis nama ‘Mrs. Ude’ di profil Instagramnya dan baru-baru ini menulis nama Madam Izreen Azminda Radzi di situ.
Saya minta maaf dan tidak bermaksud mahu menimbulkan spekulasi mengenai status perkahwinan kami sebelum ini. Ramai yang bertanya tetapi saya terpaksa mendiamkan diri kerana menanti masa yang tepat untuk menjelaskan segala-galanya.
Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami.
Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya. Saya berharap kami dapat berkongsi hidup seperti satu keluarga. Saya juga bersedia bersemuka dengannya untuk menjalin hubungan baik
Ude dan Intan Liana mempunyai dua anak lelaki, yang kecil berusia 11 bulan, manakala Izreen mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun hasil perkahwinan terdahulu.