Inilah puncanya siti kasim ditahan, sebarkan!!! (video)

KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim ditahan pihak polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Tangkapan yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi Facebook itu, dikatakan berhubung dengan seorang gadis yang merupakan anak guam Siti.

Keluarga gadis itu sebelum ini dikatakan telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya yang “tidak stabil secara mental” dan “akidahnya dipersoalkan” telah hilang dari rumah.

Melalui klip video tersebut, Siti mendakwa pihaknya hanya ingin menyelamatkan gadis tersebut dari ibunya yang gila.

Siti yang juga merupakan aktivis itu dikatakan telah mengurung anak guamnya secara paksa.

Seorang gadis yang dipercayai anak guam kepada Siti, kemudiannya dilihat menjerit dari bilik sebelah sambil mendakwa dia tidak di culik.

Siti kemudiannya berkata akan memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Negara sambil menuduh pihak polis gagal menjalankan tugas seperti yang diperuntukkan melalui undang-undang.

Pihak polis bagaimanapun bertegas untuk menahan Siti dengan mengunakan gari namun dibantah atas alasan pihaknya akan memberikan kerjasama.

Rakan kepada Siti turut mempersoalkan tindakan tersebut sebelum pihak polis mengarahkan mereka keluar bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Sebelum ini, dalam kenyataan di Facebook Khamis lalu, Siti mendakwa anak guamnya meninggalkan rumah ibu-bapanya kerana “takut” dengan ibunya.

Siti juga mendakwa anak guamnya “diperangkap” oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis yang “menunggu untuk menangkap” anak guamnya.

 

Peguam Siti Kasim ditahan polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Tangkapan itu, yang disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi Facebook Live, didakwa berkaitan dengan seorang wanita yang merupakan anak guam Siti sendiri.

Siti didakwa mengurung anak guamnya, seorang remaja, secara paksa.

Namun, berdasarkan video Facebook Live itu, seorang remaja, yang dipercayai anak guam Siti yang dimaksudkan, dilihat bersuara dan menafikan dakwaan bahawa Siti menculiknya.

Sebelum ini, dalam kenyataan di Facebook Khamis lalu, Siti mendakwa anak guamnya meninggalkan rumah ibu-bapanya kerana “takut” dengan ibunya.

Siti juga mendakwa anak guamnya “diperangkap” oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis yang “menunggu untuk menangkap” anak guamnya.

Ibu anak guamnya, menurut Siti, telah membuat laporan polis mendakwa anak guamnya “tidak stabil secara mental” dan “akidahnya dipersoalkan”.

Tidak dibenarkan berjumpa

Sementara itu, seorang wanita yang mendakwa mak cik kepada remaja berkenaan, memberitahu Malaysiakini bahawa ibu remaja itu bersifat pendera (abusive).

Wanita berkenaan mendakwa ibu remaja itu juga pernah bertindak demikian terhadap anggota keluarganya yang lain termasuk terhadap adik beradiknya.

Menurutnya, anak saudaranya keluar rumah selepas mendakwa dicekik oleh maknya.

Wanita yang mengaku mak cik remaja itu turut mendakwa anak saudaranya membuat keputusan tinggal dengan Siti kerana takut dengan ibunya.

Wanita berkenaan juga menjelaskan, pada Khamis lalu, selepas disoal jais, remaja itu dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan mental sebelum dibebaskan.

Remaja berkenaan kemudian dikatakan menghantar pesanan kepada Siti dan mak ciknya sekitar pukul 8 malam semalam untuk memaklumkan bahawa ada pihak yang cuba memecah masuk rumah Siti.

Remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Shareena Sheriff, pengurus program Sister In Islam (SIS) berkata Siti berada di sebuah persidangan di Selangor ketika kejadian itu berlaku.

Menurutnya, sebaik tiba di IPD Kajang, Siti kemudian diminta masuk bilik dengan anggota polis.

Ketika keluar, katanya, Siti mendakwa polis hendak menahannya.

Mak cik remaja berkenaan turut mendakwa dia dan mak cik remaja itu yang lain yang hadir tidak dibenarkan berjumpa anak saudara mereka.

Siti juga dikatakan tidak dibenarkan berjumpa anak guamnya itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top