Gaji 3ribu, boleh beli rumah ke?

SKIM MY HOME, skim my home manjung,

best bro:
Gaji 3K mana releven beli rmah 250K.
Katakan rumah

Rmh RM250K
Gaji RM3K
Loan 30 tahun 4% Faedah
D/P 10% @ RM25k (banyak tu!!)
Monthly +- RM 1080.00

Atau

Full Loan
Monthly +- RM 1200.00

Jadi rumah dah meliputi 40% daripada Gaji.

Beli pinjaman kereta. Katakan kereta Axia G RM 35K
Loan 9 tahun 4% faedah D/P 10%
Bulanan +- RM 400

Full loan bulanan +-RM440

Jadi nisbah hutang kepada gaji untuk 2 pinjaman ini sudah 53% atau bersamaan RM 1600. Baki gaji RM 1400. Cukup untuk bujang.. Kalau sudah kahwin? Pasangan tidak kerja lagi.. Anak 2 3 orang.. Susu ja sebulan dah dekat atau lebih RM300 utk 3 anak kecil. Pampers lagi.. Pakai lampin jimat tp.. Sanggup ka? Hahaa… Anak2 ja dh 600. Baki 800. Minyak pergi 200 tinggal 600. Bil telefon paling jimat dan sadis RM60 (laki bini). Bil letrik dan air paling jimat RM100 tinggal 440. Barangan dapur lagi.. Beras lauk pauk paling koman pun RM200-300. Tinggal la RM140. Saving RM50. Tinggal RM90. Baki tu ko fikir la.. Hidup dalam keadaan paling basic dah ni. Anak kalau sekolah bawa bekal.

Belum cerita hutang belajar lagi tuh, ptptn, mara ke apa semua tuh. Mahu dekat rm200 sebulan , itu pun kalau bayar. tertunggak dab berbulan-bulan. Mau taknya negatif dalam akaun kau tuh.

Pokok nya.. Harga rumah sangat mahal di Malaysia ni… Adakah masih ada rumah bawah RM250K sekarang? Ada kot tapi Sabah  tak jumpa dah.. Sarawak nasib2 la jumpa kalau ada.. Tapilain.. Xtau la..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top