Fattah amin, Bintang Paling Popular 3.0 2017

anugerah bintang popular 2017

Tahniah buat fattah amin yang telah berjaya menjadi Bintang Paling Popular untuk edisi 3.0 2017. Yerla itu rezeki dia untuk tahun ini, tahun lepas Neelofa, tahun ini Fattah Amin. Kita doakan yang terbaik sahajalah. Memanglah adat, mesti ramai yang akan kecam dia, berlakon tak berapa pun, kayu jer. Tapi disebalik kecaman orang ramai tuh, ada jugak menyokong karier dia sebagai artis.

fattah amin,

Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr Pilot dan rentetan cerita sensasi membabitkan dua pelakon utamanya membawa tuah kepada Fattah Amin apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0. Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dengan 82,635 undi, Fattah menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Janna Nick, selain menghampakan Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana. 

Kemenangan itu melayakkan Fattah, 26, membawa pulang hadiah utama, kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi pada acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain dua trofi berkenaan, Fattah juga diumumkan pemenang dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

Interview bersama fattah Amin..

Keputusan penuh ABPBH 3.0 Bintang Paling Popular – Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella

Kategori Utama

1. Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar

2. Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina

3. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar

4. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana

5. Pengacara TV Popular – Neelofa

6. Penyampai Radio Popular – Radin

7. Artis Versatil Popular – Ifa Raziah

8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret

9. Artis Komedi Popular – Zizan Razak

10. Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick

11. Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin

12. Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura

13. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

Kategori online

1. Gandingan Serasi Drama – Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)

2. Gandingan Serasi Filem – Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)

3. Personaliti Media Sosial – Makhlokmacho

4. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial – Neelofa

5. Artis Sensasi – Fattah Amin

Komen nitizen di facebook

Okay…aku ni bukan peminat si fattah amin ni atau loffatah/ fatzura ke ape aku nak cakap ni dari sudut pndgan aku lah. Ramai yg pertikaikn kemenangan si fattah ni termasuk aku sendiri and aku rse antara sbb si fattah amin ni mng adalah sbb :
1. Korang ingat tak demam aaron aziz dulu smpai aku rse stiap chanel kat malaysia ni klua muka aaron haaa smalah mcm kes si fattah ni fans diorang kat luar tu cair tengok diorang. Tapi yg lain nya aku rse bakat aaron dlm berlakon jaoh lbih baik dri fattah & aku rsa dia layak jugak lh nk mng bintang paling popular.
2. fattah seorang yg opportunist. Si fattah ni mula popular sbb dia berlakon  dgn lofa. lps je die blakon dlm cite tu hmpir smua org gilakan psangan tu smpai wujudnya loffatah. Si fattah ni tau kalau x sbb loffatah tkkan die d minat org jd diorang ni update lah instagram yg romantic2 smpai fans diorg buat solat hajat sume…lpstu si fattah ni pulak buatlah lagu untuk lofa menghangatkan lagi keadaan. dlm masa yg sma budak ni buatlah buku sbb die confident fans die msti beli punye.
3. Fans fattah amin! Diorang ni lah vote fattah smpai die mng…walaupun kalau nak diekotkan si fattah ni bkn nya brbakat sangat kan?(bagi akulah#jgnkecam) selagi diorang ni msh minat fattah slagi tu lah fattah naik.

Betul kata fattah “rezeki Allah yg beri” “siapa la saya utk menidakkannya”
Kayu pun kayu lah
Apa cer… org yg kecam dia habis2an… (artis jambang tu… antagonis… apa entah nama dia???)

Hahahahahaha aku dah agak dah mesti si patah ni yg menang….ni mesti bnyk budak2 yg bwh umur yg undi dia ni….tpi aku rasa mmg patut pun sbb buku dia kan mmg popular smpai menaikkan nama dan populariti dia….tpi yg x boleh tahan mengaku plak yg dia ni berlakon mcm kayu ????
Mana sharnaz yg duk tanya apa pencapaian fatah…huhu…dh terbukti huhu…amek kaww sharnaz ..kau ada??

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top