Tahniah buat fattah amin yang telah berjaya menjadi Bintang Paling Popular untuk edisi 3.0 2017. Yerla itu rezeki dia untuk tahun ini, tahun lepas Neelofa, tahun ini Fattah Amin. Kita doakan yang terbaik sahajalah. Memanglah adat, mesti ramai yang akan kecam dia, berlakon tak berapa pun, kayu jer. Tapi disebalik kecaman orang ramai tuh, ada jugak menyokong karier dia sebagai artis.
Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr Pilot dan rentetan cerita sensasi membabitkan dua pelakon utamanya membawa tuah kepada Fattah Amin apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0. Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dengan 82,635 undi, Fattah menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Janna Nick, selain menghampakan Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.
Kemenangan itu melayakkan Fattah, 26, membawa pulang hadiah utama, kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi pada acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain dua trofi berkenaan, Fattah juga diumumkan pemenang dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.
Interview bersama fattah Amin..
Keputusan penuh ABPBH 3.0 Bintang Paling Popular – Fattah Amin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella
Kategori Utama
1. Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar
2. Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina
3. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
5. Pengacara TV Popular – Neelofa
6. Penyampai Radio Popular – Radin
7. Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret
9. Artis Komedi Popular – Zizan Razak
10. Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick
11. Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
12. Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura
13. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin
Kategori online
1. Gandingan Serasi Drama – Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
2. Gandingan Serasi Filem – Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
3. Personaliti Media Sosial – Makhlokmacho
4. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial – Neelofa
5. Artis Sensasi – Fattah Amin
Komen nitizen di facebook
Betul kata fattah “rezeki Allah yg beri” “siapa la saya utk menidakkannya”
Kayu pun kayu lah
Apa cer… org yg kecam dia habis2an… (artis jambang tu… antagonis… apa entah nama dia???)




