Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik gelaran Datuk Pahang

datuk farid kamil dan boy iman ditarik balik dahjah kebesaran

Farid Kamil, dan Boy Iman tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta.

Kuantan: Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk.  Mungkin kerana imej negatif yang dibawa oleh pelaku membawa imej yang tidak baik buat gelaran ini wajar ditarik balik demi menjaga imej negeri yang memberi anugerah ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

“Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Tiga individu yang turut ditarik balik gelaran Datuk ialah Wong Shee Kai@Ricky dan Tran Thi Mai@Maimunah, masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu, manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu.

 

 

READ
“TAK PENAT KE BERDUSTA DENGAN ALLAH” – DIKRITIK LAGI NETIZEN, SAFIEY ILLIAS MAHU PASANG SILIKON?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: