Elaun tambahan RM200 sebulan kepada kakitangan perubatan, anggota barisan depan

analysis, biochemistry, biologist

Syukur ianya satu usaha kerajaan yang peka dengan keadaan sekeliling. mereka dan habiskan masa dan juga tenaga dalam usaha membanteras wabak covid19. Kerajaan menambah elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terbabit dalam pengurusan COVID-19, daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elaun khas yang akan dibayar bermula 1 April itu, akan diberikan sehingga wabak berkenaan berakhir.

Kerajaan juga bersetuju membayar elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta RELA yang terbabit secara langsung melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Elaun ini akan mula dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan berkenaan akan mendapat faedah.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top