Elaun Pembantu Penyelidik Siswazah dinaikkan ikut kelayakan akademik-KJ

khairy jamaluddin, gambar khairy jamaluddin tak keluar dewan parlimen,

Elaun Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dalam skim pembiayaan Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan dinaikkan mengikut kelayakan akademik. Ini sudah bagus, ada sedikit terbela lah nasib diaorang nih. Syukur sangat bagi mereka yang layak dapat elaun nih.

Kenaikan itu sebanyak RM3,200 bagi GRA-doktor falsafah dan RM3,000 bagi GRA-sarjana.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kenaikan itu melibatkan elaun kepada seramai 11,000 GRA di institut pengajian tinggi (IPT).

“Pada 2006 hingga tahun lalu, siling elaun yang dibenarkan untuk dibayar kepada seorang GRA di bawah Dana R&D kementerian ini adalah sebanyak RM2,500 sebulan untuk tempoh antara 18 hingga 36 bulan.

“Kadar elaun yang ditawarkan sebelum ini masih rendah berbanding jawatan lain dengan kelayakan akademik sama,” katanya pada program pelancaran elaun baharu GRA di bawah kementerian secara maya di Facebook Live.

Khairy berkata, elaun GRA ditambah baik dengan mengambil kira kadar elaun semasa yang diterima mereka berbanding gaji permulaan termasuk elaun pegawai teknikal penyelidik dan sains yang bertaraf tetap.

Menurutnya, ia turut mengambil kira kadar inflasi mengikut kiraan Indeks Harga Pengguna dan taburan pendapatan isi rumah mengikut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, Jabatan Perangkaan.

Jelasnya, selain menaikkan elaun GRA, kementerian juga memperluaskan pembayaran elaun itu kepada Pegawai Penyelidik (RO) yang akan dilantik untuk projek R&D.

“Bayaran elaun dengan syarat pihak penerima dana berkolaborasi dengan IPT dan RO yang dilantik hendaklah mempunyai kelayakan akademik bersesuaian dengan projek R&D yang dilaksanakan.

“Pelantikan dibuat oleh agensi sains, teknologi dan inovasi (STI) kerajaan, institut penyelidikan kerajaan (GRI), start-up, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat multinasional (MNC),” katanya.

Khairy berkata, pihaknya berharap elaun GRA dan RO yang akan dilaksanakan itu mampu menyokong hasrat kerajaan dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) bagi membangun, memupuk dan menggilap bakat STI dalam kalangan generasi muda.

Terdapat lima Dana Penyelidikan yang ditawarkan dan empat daripadanya ialah Dana Penyelidikan Strategik (SRF); Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1); Dana Pembangunan Teknologi 2 (Ted2) dan Dana Bridging (BGF).

Dana-dana itu menawarkan lantikan GRA dengan jumlah elaun yang spesifik mengikut tahap pengajian yang sedang dijalani. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top