Datuk, cucu maut kemalangan tiga kenderaan- Muar, jalan bukit Pasir 20.2.2021

 

kemalangan,

MUAR: Seorang warga emas bersama cucunya maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Batu 10, Jalan Bukit Pasir, di sini, pagi tadi. Teruk jammed tadi, tak boleh nak gerak sangat menghala nak ke muar. Menghala ke pagoh, jalan clear.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa Koo Chuan Peng, 67, dan cucunya, Koo Sin Ming, 17, disahkan maut akibat parah di kepala selepas kenderaan mereka dilaporkan hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan.

“Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Hilux dinaiki dua mangsa dari arah Bukit Pasir menghala ke Pagoh telah hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, sebuah lagi kenderaan jenis Proton Saga BLM yang berada di belakang lori turut terlibat. Rempuhan itu juga turut menyebabkan dua mangsa yang maut tercampak keluar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zaharudin berkata, kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori berusia 39 tahun serta pemandu kereta Proton Saga BLM berusia 32 tahun cedera dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

“Tiga lagi penumpang dalam kereta Proton Saga BLM dilaporkan selamat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I, Radin Hamimah Mohamad berkata, seramai 23 anggota bersama enam buah jentera dari BBP Pagoh serta BBP Muar bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.29 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian .

“Mangsa yang cedera dibawa ke HPSF dengan menggunakan kenderaan Kementerian Kesihatan manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi melibatkan pasukan bomba ditamatkan pada pukul 10.01 pagi selepas keadaan terkawal.

Gambar sekitar kemalangan di bukit pasir pagi tadi.

kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar kemalangan di bukit pasir muar

Takziah diucapkan kepada mangsa yang kemalangan dan meninggal dunia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top