Inilah persoalan yang kita akan tanya. Adakah dengan gantinya CEO kwsp yang baru ini (sebelum ini TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pelantikan Amir Hamzah Azizan sebagai ketua pegawai elsekutif (CEO) yang baru bagi menggantikan Tunku Alizakri Alias.
KWSP berkata, pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 Mac, 2021.
Manakala Alizakri memegang jawatan itu sejak 20 Ogos, 2018.
Amir sebelum ini merupakan presiden dan CEO kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan pengalaman 25 tahun bersama pelbagai syarikat.
“Bagi pihak KWSP, saya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Alizakri atas perkhidmatan baiknya kepada KWSP,” kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.
Harapnya ada sinar baru untuk pemegang akaun kwsp 8 juta ini untuk mengeluarkan duit akaun 1 rm10000.00 yang tidak lulus ini, harap ada kelonggaran , keluar tanpa syarat. Selain harap tak buat kenyataan yang boleh mengguris hati pencarum yang benar-benar memerlukan wang untuk kelangsungan hidup ini yang semakin mencabar ini dikala wabak covid19 masih lagi menular, dengan angka yang cukup membimbangkan.